83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 September 2018           Analisis Harian

 

Dolar menurun di tengah-tengah kelonggaran perbincangan NAFTA.

Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.08% ke 94.70 pada sesi awal dagangan Asia di tengah-tengah komen Presiden AS donald Trump mengenai perundingan NAFTA yang sedang berlangsung di mana beliau mengatakan bahawa kedua-dua pihak beroperasi dengan baik susulan dengan perbincangan perdagangan yang berjalan dengan lancar dan juga persediaan Kanada untuk membuat perjanjian. Dolar telah didagang dengan lebih rendah disebabkan oleh penawaran akses terhad Ottawa kepada AS ke atas pasaran tenusu Kanada sebagai konsesi rundingan dalam memperbaharui NAFTA. Selain itu, kejatuhan dolar juga disebabkan oleh peningkatan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China ketika Presiden Donald Trump menyatakan bahawa dia bersedia untuk mengenakan tarif tambahan ke atas $267 billion barangan China. Sejak itu, para pelabur telah kehilangan kepercayaan dan keyakinan terhadap dolar akibat kebimbangan perang perdagangan tersebut tidak akan berakhir dengan baik untuk kedua-dua negara. Dalam berita lain, dolar Kanda dilihat lebih kukuh di tengah rundingan NAFTA yang lebih lancar di mana Kanada bersedia untuk membuat perjianjian. Pasangan USDCAD telah miningkat sebnyak 0.03% ke 1.3070 semasa penulisan.

 

                Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.26% ke $70.00 setong akibat kejatuhan inventori minyak mentah. Selain itu, penurunan harga minyak mentah juga didorong oleh Taufun Florence yang dijangka untuk mengurangkan bekalan bahan bakar. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.33% ke $1194.65 se troy auns akibat pengekalan kekuatan dolar di tengah rundingan NAFTA dan perang perdagangan dengan China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:30                     USD                        FOMC Member Bullard Speaks
 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – PPI (MoM) (Aug) 0.0% 0.2%
22:30 USD – Crude Oil Inventories -4.302M -0.805M

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 1.3020. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2975.

 

Tahap rintangan: 1.3020, 1.3085

Tahap sokongan: 1.2975, 1.2945

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1605. Pengerakan harga terkini dan MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1580.

 

Tahap rintangan: 1.1605, 1.1625

Tahap sokongan: 1.1580, 1.1530

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 111.60 sementara memecahkan tahap sokongan di 111.45. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 111.20

 

Tahap rintangan: 111.45, 111.60

Tahap sokongan: 111.20, 110.90

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 69.80. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 70.30.

 

Tahap rintangan: 70.30, 71.05

Tahap sokongan: 69.80, 69.10

 

 

GOLD

GOLD, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 1196.00. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1191.10.

 

Tahap rintangan: 1196.00, 1198.95

Tahap sokongan: 1191.10, 1186.80