83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Ogos 2018                      Analisis Harian

 

Dolar meningkat susulan keluaran data ekonomi pekerjaan yang positif.

Indeks dolar melanjutkan keuntungannya berikutan dengan pembebasan data pekerjaan yang rancak baru-baru ini. Menurut kepada US Department of Labor, data Initial Jobless Claims dan Continuous Jobless Claims telah berkuranga, dengan bacaan sebanyak 1.727 juta berbanding ramalan 1.731 juta sementara bagi Continuous Jobless Claims manakala bacaan sebanyak 210K berbanding dengan jangkaan sebanyak 215K bagi data ekonomi Initial Jobless Claims. Penurunan dalam data telah membayangkan pasaran pekerjaan yang stabil di A.S pada masa kini, oleh itu ia pun telah memberi rangsangan lebih lanjut untuk dolar yang sudah kukuh. Dolar telah meningkat sebanyak 0.06% ke 95.50 semasa penulisan. Sementara itu, GBPUSD telah merosot sebanyak 0.05% kepada 1.2805 pada waktu penulisan di tengah-tengahnya negara UK telah bersedia untuk senario terburuk dalam rancangan Brexit. CNBC telah melaporkan bahawa Jabatan Brexit UK telah membentang dokumen dengan pelan kontingensi dalam kes Brexit sekiranya perbincangan perjanjian perdagangan dengan UK dan EU gagal. Justerunya ia telah mewujudkan lebih banyak kebimbangan dalam pasaran dan melemahkan paun sterling.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah berundur sebanyak 0.02% kepada $ 68.00 setong berikutan dengan pelancaran tindakan AS – China terkini. Dengan Amerika Syarikat baru-baru ini melepaskan tembakan baru di mana ia telah mengenakan tarif baru sebanyak 25% dalam barang Cina bernilai 16 bilion dan China juga mengesahkan ia akan membalas dengan segera. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.07% kepada $ 1185.31 se troy auns berikutan dengan kekuatan dolar yang didorong oleh pelbagai faktor menggalakkan seperti data ekonomi positif serta jangkaan kenaikan kadar faedah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22.00                     USD                        Fed Chair Powell Speaks
 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15.30 EUR – German GDP (QoQ) (Q2) 2.3% 2.3%
20.30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) 0.8% -0.5%

 

 

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2835 baru-baru ini. Walaupun dengan MACD yang telah memaparkan isyarat bearish yang telah berkurangan, namun pergerakan harga baru-baru ini serta dari segi fundamental yang kebanyakan tertakluk kepada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2740.

 

Tahap rintangan: 1.2835, 1.2905

Tahap sokongan: 1.2740, 1.2665

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1530 baru-baru ini. Pergerakan harga terkini dan MACD yang telah memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selaras dengan trend utamanya ke arah tahap rintangan 1.1580.

 

Tahap rintangan: 1.1580, 1.1625

Tahap sokongan: 1.1530, 1.1485

 

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 111.10. MACD yang kini telah memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 111.10, 110.75

 

Tahap rintangan: 111.45, 111.90

Tahap sokongan: 111.10, 110.75

 


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 68.05 baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini dan formasi silang emas dalam garisan MA mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 68.75.

 

Tahap rintangan: 68.75, 69.25

Tahap sokongan: 68.05, 67.20


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1185.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1192.00

 

Tahap rintangan: 1192.00, 1198.00

Tahap sokongan: 1185.00, 1177.00