83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 September 2018           Analisis Sesi Pagi

 

Para pelabur menunggu keputusan kadar dari Fed.

Dolar AS telah didagang secara berayun berbanding dengan mata wang utama yang lain sambil mengetepikan data ekonomi yang optimistik sementara para pelabur menunggu keputusan mesyuarat dua hari dari Bank Pusat AS (Fed). Indeks dolar menokok sebanyak 0.03% dan disebut harga berhampiran 94.16 semasa sesi Asia. Semalaman, Indeks Keyakinan Pengguna dari Conference Board telah meningkat ke paras 138.4 bagi bulan September, paras yang tertinggi di dalam hampir 18 tahun berikutan dengan sentimen pengguna yang optimistik terhadap perkembangan ekonomi. Namun, data tersebut gagal untuk mencetuskan momentum yang ketara pada dolar sementara para pelabur menunggu keputusan kadar Fed yang dijangka untuk meningkatkan kadarnya sebanyak 25 mata asas ke lingkungan 2.00% – 2.25%. Di rantau yang lain, pound sterling mencecah paras tinggi yang baru pada semalam selepas Perdana Menteri UK Theresa May menegaskan keyakinan beliau dalam mengikuti jadual Brexit. Pasangan GBP/USD susut sedikit sebanyak 0.03% ke 1.3175 pada pagi ini.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.22% ke $72.19 setong selepas American Petroleum Insitute melaporkan peningkatan pada stok minyak sebanyak 2.903 juta tong bagi minggu lalu. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,200.50 se troy auns sementara para pelabur menunggu keputusan kadar dari Fed.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                   Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                   Acara

02:00 (27hb)          USD                        FOMC Economic Projections

02:00                     USD                        FOMC Statement

02:30                     USD                        FOMC Press Conference

05:00                     NZD                        RBNZ Rate Statement

05:00                     NZD                        RBNZ Press Conference

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – New Home Sales (Aug) 627K 630K
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -2.057M -1.279M
02:00 (27th) USD – Fed Interest Rate Decision 2.00% 2.25%
05:00 NZD – RBNZ Interest Rate Decision 1.75% 1.75%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Walaupun MACD memaparkan isyarat bullish, pemecahan dari paras atas adalah diperlukan untuk mengesahkan bias menaik tersebut.

 

Tahap rintangan: 94.00, 94.65

Tahap sokongan: 93.40, 93.15

 

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3285

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3100

 

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1800. MACD histogram yang memaparkan corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1800, 1.1855

Tahap sokongan: 1.1730, 1.1660

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Walaupun MACD memaparkan isyarat bullish, pemecahan dari paras atas adalah diperlukan untuk mengesahkan bias menaik tersebut.

 

Tahap rintangan: 113.05, 113.70

Tahap sokongan: 112.15, 111.40

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan pembentukan corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah sasaran berikut di 0.7300.

 

Tahap rintangan: 0.7300, 0.7325

Tahap sokongan: 0.7250, 0.7210

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk menaik selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6675.

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6615, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menaik baru-baru ini. Walaupun MACD memaparkan bias bullish, pemecahan pada 1.2955 adalah diperlukan untuk mengesahkan isyarat menaik tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2955, 1.3010

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2860

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang secara tipis sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD histogram yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend menaik tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9680, 0.9710

Tahap sokongan: 0.9645, 0.9590

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. Walaupun MACD memaparkan isyarat bearish, pemecahan dari paras bawah adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 72.30, 72.90

Tahap sokongan: 71.10, 69.80

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras tengahnya. Pergerakan harga baru-baru ini serta MACD yang tidak memaparkan isyarat yang teliti mencadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1207.75, 1218.65

Tahap sokongan: 1194.30, 1184.00