83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 September 2018                           Analisis Sesi Petang

 

Dolar melonjak sebagai reaksi terhadap kenaikkan kadar faedah.

Indeks dolar telah melonjak ke paras tinggi seminggu selepas Federal Reserve AS menaikkan kadar faedah seperti yang dijangkakan untuk kali kelapan, mencapai nilai ramalan sebanyak 2.25% berbanding dengan kadar sebelumnya sebanyak 2.00%. Pada masa yang sama, Fed juga memansuhkan dasar ‘akomodatif’ yang telah memberikan sentimen positif kepada para pelabur dan mengalakkan keyakinan mereka bahawa satu lagi pusingan kenaikan kadar akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini. Dolar telah meningkat sebanyak 0.34% ke 94.10 semasa penulisan. Dalam berita lain, Kiwi New Zealand telah menyusut sebanyak 0.30% ke 0.6640 semasa penulisan. Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengekalkan kadar faedah mereka pada rekod terendah sebanyak 1.75% di mana ia dijangka untuk berkekal sepanjang tahun 2019 dan 2020. Walau bagaimanapun, oleh kerana risiko yang mengeliling pertumbuhan prospek mereka, Gabenor RBNZ Adrian Orr menyatakan bahawa kadar tersebut berkemungkinan untuk berubah, tertakluk kepada situasi ekonomi semasa dan keykinan perniagaan yang suram berkemungkinan untuk mencederakan kesuluruhan pelaburan dan juga pertumbuhan ekonomi.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.57% ke $72.40 setong selepas AS menolak penggunaan rizab mentah kecemasan yang boleh mengimbangi kekurangan bekalan mentah dari Iran. Sebaliknya, harga emas telah menjunam sebanyak 0.33% ke $1,194.00 di tengah-tengah lonjakan dolar akibat reaksi pelabur yang lewat terhadap kenaikan kadar Fed semalam.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

Tentatif                 CrudeOIL                               OPEC Meeting

21:30                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

22:00                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

04:30 (28hb)        USD                                        Fed Chair Powell Speaks

05:45                     CAD                                        BoC Gov Poloz Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – GfK German Consumer Climate (Oct) 10.5 10.6
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Sep) 0.1% 0.1%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) 0.1% 0.4%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 4.2% 4.2%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Aug) -0.7% -0.2%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintagan sebelumnya di 93.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 94.30.

 

Tahap rintangan: 94.30, 94.80

Tahap sokongan: 93.90, 93.40

 

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3175. Pengerakan harga terkini dan MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3100.

 

Tahap rintangan: 1.3175, 1.3215

Tahap sokongan: 1.3100, 1.3055

 

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji dekat tahap sokongan 1.1690. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan pada tahap sokongan 1.1690.

 

Tahap rintangan: 1.1730, 1.1770

Tahap sokongan: 1.1690, 1.1645

 

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 112.85. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 112.50.

 

Tahap rintangan: 112.85, 113.10

Tahap sokongan: 112.50, 112.20

 

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7215. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan pada tahap sokongan 0.7215.

 

Tahap rintangan: 0.7295, 0.7355

Tahap sokongan: 0.7215, 0.7135

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 0.6635. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan pada tahap sokongan 0.6635.

 

Tahap rintangan: 0.6690, 0.6765

Tahap sokongan: 0.6635, 0.6595

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji dekat tahap rintangan di 1.3045. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan pada tahp rintangan 1.3045.

 

Tahap rintangan: 1.3045, 1.3105

Tahap sokongan: 1.2975, 1.2900

 

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 0.9675. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9700.

 

Tahap rintangan: 0.9700, 0.9755

Tahap sokongan: 0.9675, 0.9650

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji dekat tahap rintangan 72.40. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan pada tahap rintangan 72.40.

 

Tahap rintangan: 72.40, 73.00

Tahap sokongan: 71.25, 70.45

 

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap rintangan 1196.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pengunduran dari tahap rintangan 1196.00

 

Tahap rintangan: 1196.00, 1203.30

Tahap sokongan: 1191.10, 1186.80