5 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak berlatarkan laporan NFP.
Dolar AS melantun dari paras rendah sesi pada hari Jumaat yang lepas berikutan dengan laporan pekerjaan yang memaparkan keputusan optimis bagi bulan lepas. Semasa penulisan, indeks dolar mengalami tekanan menurun dan menyusut sebanyak 0.15% ke 96.26. Menurut kepada US Labor Department, ekonomi AS telah menjana sebanyak 250,000 pekerjaan bagi bulan Oktober, melebihi ramalan ekonomis dengan hanya 193,000. Selain itu, pertumbuhan gaji sejam meningkat di dalam jangkaan dengan 0.2% dan ia telah mengesahkan pandangan terhadap kadar inflasi yang lebih tinggi untuk jangka panjang sekiranya momentum pertumbuhannya diteruskan. Secara keseluruhannya, laporan pekerjaan yang optimistik ini memberi pandangan bahawa Bank Pusat AS akan meneruskan pelan kenaikan kadarnya pada bulan Disember memandangkan prestasi pasaran pekerjaan adalah masih mantap. Sementara itu, pasangan USD/CAD susut sebanyak 0.08% ke 1.3100 semasa sesi dagangan Asia. Pada hari Jumaat yang lepas, pasangan ini melantun dari paras rendah mingguan berlatarkan laporan pekerjaan Kanada yang pesimis. Menurut kepada laporan, ekonomi Kanada telah menjana hanya 11,200 pekerjaan bagi bulan Oktober, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 12,700. Namun, keuntungan yang dialami adalah terhad selepas kadar pengangguran susut dari paras 5.9% ke 5.8%, memberi isyarat bahawa keadaan pekerjaan di Kanada makin mengetat.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.22% ke $62.95 setong. Namun, kenaikan yang dialaminya adalah terhad berikutan dengan kekhuatiran para pelabur terhadap keadaan ekonomi global yang makin merosot dan berkemungkinan untuk menjejaskan permintaan bagi komoditi tersebut pada jangka panjang. Sebaliknya, harga emas menokok sebanyak 0.10% ke $1,234.17 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar pada pagi ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:10 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Oct) | 53.9 | 53.3 | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Oct) | 62.4 | – | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) | 61.6 | 59.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap sokongan 96.20. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia berjaya untuk melantun dari 96.20.
Tahap rintangan: 96.60, 97.00
Tahap sokongan: 96.20, 95.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3015. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2955.
Tahap rintangan: 1.3015, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2955, 1.2895

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari sasaran 1.1445. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1385.
Tahap rintangan: 1.1415, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1385, 1.1330

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 112.60. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 113.30.
Tahap rintangan: 113.30, 113.85
Tahap sokongan: 112.95, 112.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7250. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.7170.
Tahap rintangan: 0.7205, 0.7250
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7135

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 0.6660. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6660, 0.6700
Tahap sokongan: 0.6610, 0.6575

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3115.
Tahap rintangan: 1.3115, 1.3155
Tahap sokongan: 1.3080, 1.3050

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 1.0025. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia melantun dari 1.0025.
Tahap rintangan: 1.0055, 1.0095
Tahap sokongan: 1.0025, 0.9990

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan aliran menurun susulan dengan pengunduran dari garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan 62.50.
Tahap rintangan: 63.80, 65.45
Tahap sokongan: 62.50, 61.05

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dengan aliran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek sekiranya ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1237.25, 1242.10
Tahap sokongan: 1228.00, 1215.95