83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Oktober 2018               Analisis Sesi Petang

 

Indeks melonjak selepas permintaan meningkat.

Indeks dolar meningkat berbanding dengan enam mata wang utama yang lain pada hari Selasa berikutan dengan ketegangan perdagangan yang makin meningkat serta kekhuatiran ke atas kelembapan pertumbuhan ekonomi. Sentimen tersebut telah menyebabkan para pelabur untuk beralih tumpuan dari aset berisiko ke aset selamat seperti dolar AS. Menurut kepada Bloomberg, AS sedang bersiap sedia untuk mengumumkan tarif ke atas baki barangan import China pada awal bulan Disember sekiranya pertemuan diantara Presiden Donald Trump dan Xi Jinping gagal untuk menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, kedua-dua data Core PCE Price Index dan Personal Spending yang memberi bacaan sebanyak 0.2% dan 0.4% masing-masing telah mendorong kepada momentum bullish pada dolar. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.10% ke 96.40. Sebaliknya, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.11% ke 1.2805 selepas Office for Budget Responbiility meningkatkan ramalan pertumbuhan ekonomi dari 1.3% ke 1.6% bagi 2019 sambil menurunkan ramalan defisit ke paras 1.4% untuk jangka masa yang lebih panjang. Pengumuman tersebut telah meningkatkan sentimen optimis terhadap pound sterling dan mendorong kekukuhannya sejak awal sesi Asia.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.75% ke $67.20 setong sementara para pelabur memantau sekatan AS ke atas Iran yang bakal berkuatkuasa pada 4hb November. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.15% ke $1,227.40 se troy auns selepas ia menerima tekanan dari permintaan dolar yang lebih tinggi.

 

 

 

 

 


 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

03:30                     CAD                      BoC Gov Poloz Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Unemployment Change (Oct) -23K -12K
18:00 EUR – GDP (QoQ) 0.4% 0.4%
21:00 EUR – German CPI (MoM) (Oct) 0.4% 0.1%
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Oct) 138.4 136.0
04:30 (31st CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 9.880M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.30. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 96.30.

 

Tahap rintangan: 96.45, 96.55

Tahap sokongan: 96.30, 96.15

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2790. MACD yang memaparkan momentum bullish dan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.2835.

 

Tahap rintangan: 1.2835, 1.2875.

Tahap sokongan: 1.2790, 1.2690

 

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1370. MACD yang memaparkan pembentukan momentum bullish dan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1390.

 

Tahap rintangan: 1.1390, 1.1410

Tahap sokongan: 1.1370, 1.1335

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 112.50. MACD yang memaparkan pembentukan momentum bullish dan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 112.80.

 

Tahap rintangan: 112.80, 113.05

Tahap sokongan: 112.50, 112.10

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.7075. MACD yang memaparkan momentum bullish dan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7105.

 

Tahap rintangan: 0.7105, 0.7140

Tahap sokongan: 0.7075, 0.7055

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 0.6550. MACD yang memaparkan momentum bullish dan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6550.

 

Tahap rintangan: 0.6550, 0.6565

Tahap sokongan: 0.6535, 0.6520

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3135. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.3080.

 

Tahap rintangan: 1.3135, 1.3185

Tahap sokongan: 1.3080, 1.3015

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.0005. MACD yang memaparkan momentum bullish dan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan 1.0025.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0050

Tahap sokongan: 1.0005, 0.9970

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 67.15. MACD yang memaparkan momentum bullish dan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 67.15.

 

Tahap rintangan: 67.15, 67.70

Tahap sokongan: 66.60, 66.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan sebelumnya di 1229.40. MACD yang memaparkan momentum bearish dan silang kematian mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1221.35.

 

Tahap rintangan: 1229.40, 1230.05

Tahap sokongan: 1221.35, 1208.95