83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Januari 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menjunam berikutan dengan jangkaan dovish dari Fed.

Indeks dolar telah menjunam berbanding dengan enam pasangan mata wang utama pada Jumaat lepas berikutan dengan jangkaan nada dovish dari mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) pada minggu ini. Menurut kepada laporan daripada Wall Street Journal, kebanyakan pelabur berjangka Fed untuk mengekalkan program penyata imbangan dan kadar dasar mereka pada paras yang sama bagi minggu ini. Selain itu, penutupan kerajaan yang berterusan turut memburukkan sentimen pasaran serta melanjutkan momentum menurun bagi dolar. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.03% ke 95.40 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.03% ke 1.1411 semasa penulisan walaupun dengan pembacaan data yang suram pada Jumaat lepas. Walaupun data pertumbuhan German IFO Business Climate telah memberi bacaan sebanyak 99.1, tersasar dengan ramalannya sebanyak 100.7, mata wang euro masih berjaya untuk memangkas kerugiannya akibat dengan jangkaan dovish daripada Fed.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.13% ke $53.41 setong berikutan dengan penambahan bilangan pelantar minyak. Menurut kepada laporan daripada Bakers Hughes, bilangan pelantar minyak telah meningkat ke 862, penambahan sebanyak 10 bilangan pelantar minyak berbanding dengan terdahulunya dan hal ini memberi isyarat terhadap peningkatan dalam pengeluaran minyak. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 015% ke $1302.85 semasa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar akibat jangkaan dovish Fed.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

22.00                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

22.30                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 


 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 95.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 95.05.

 

Tahap rintangan: 95.60, 96.05

Tahap sokongan: 95.05, 94.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3170. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3170.

 

Tahap rintangan: 1.3250, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3170, 1.3085

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1415. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1415, 1.1480

Tahap sokongan: 1.1350, 1.1310

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 110.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 109.10.

 

Tahap rintangan: 110.00, 111.40

Tahap sokongan: 109.10, 107.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.715. MACD yang memaparkan bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7230.

 

Tahap rintangan: 0.7230, 0.7270

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7115

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6840. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6875.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.6910

Tahap sokongan: 0.6840, 0.6800

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3240. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3190.

 

Tahap rintangan: 1.3240, 1.3300

Tahap sokongan: 1.3190, 1.3060

 

USDCHF, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9910. MACD yang memaparkan bias bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9910.

 

Tahap rintangan: 0.9950, 0.9985

Tahap sokongan: 0.9910, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 52.85. Namun, kekurangan isyarat dari MACD mencadangkan komoditi tersebut untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih jelas muncul seperti pemecahan pada tahap rintangan atau sokongan yang terdekat sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 54.55, 57.80

Tahap sokongan: 52.85, 50.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1296.85. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1309.00.

 

Tahap rintangan: 1309.00, 1325.75

Tahap sokongan: 1296.85, 1287.05