83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Januari 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar berkekal mantap di paras 95.40 menjelang sidang Fed.

Indeks dolar telah menyusut dalam nilai berbanding dengan enam pasangan mata wang utama sementara didagang sisi berdekatan tahap 95.40 menjelang sidang media FOMC pada hari esok. Menurut kepada Wall Street Journal, laporan pada hari Jumaat menyatakan bahawa Presiden Fed Jerome Powell dijangka untuk menyampaikan ucapan dengan nada dovish sementara mengekalkan kadar faedah tanpa perubahan dan juga menamatkan program pelonggaran penyata imbangan untuk mengatasi isu penyusutan ekonomi. Para pelabur telah bertindak dengan menjual dolar secara mendadak dan memasuki ke dalam aset selamat akibat penyusutan keyakinan terhadap Fed untuk mengetatkan dasar mereka. Selain itu, penutupan kerajaan buat hari ke-36 telah mencecah jangka terpanjang dan hal ini membimbangkan para pelabur bahawa pasaran buruh dan juga data kerja seperti Nonfarm Payrolls akan terjejas sambil mencetuskan ketidakpastian dalam pasaran. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 95.38 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menurun sebanyak 0.11% ke 1.3145 menjelang undian Parlimen terhadap perjanjian Brexit Perdana Menteri UK Theresa May yang telah digubal. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada keputusan undian di mana kegagalan untuk mendapatkan kelulusan akan menyebabkan dua senario iaitu Brexit keras atau referendum kedua yang mampu menghapuskan Brexit secara keseluruhan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjatuh sebanyak 0.35% ke $51.90 setong di tengah-tengah kebimbangan penyusutan ekonomi di China. Pada hari semalam, kejatuhan dalam indeks ekuiti Wall Street Journal telah membimbangkan para pelabur bahawa penyusutan ekonomi di negara pengimport minyak terbesar akan menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah. Namun, harga minyak masih berkekal di atas paras $50 akibat dengan sokongan daripada perbincangan OPEC untuk meningkatkan pemotongan bekalan. Di samping itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.06% ke $1303.95 akibat ketidakpastian pasaran yang masih menghantui pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23:00 USD – CB Consumer Confidence (Jan) 128.1 124.7
05:30 (30hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 6.550M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 95.60. Namun, MACD yang menunjukkan bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 95.60.

 

Tahap rintangan: 95.60, 96.05

Tahap sokongan: 95.05, 94.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3170. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3085.

 

Tahap rintangan: 1.3170, 3.3250

Tahap sokongan: 1.3085, 1.3000

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1420. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.1420.

 

Tahap rintangan: 1.1480, 1.1565

Tahap sokongan: 1.1420, 1.1350

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 109.10. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.00, 111.40

Tahap sokongan: 109.10, 107.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7155. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7115.

 

Tahap rintangan: 0.7155, 0.7230

Tahap sokongan: 0.7115, 0.7070

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6800.

 

Tahap rintangan: 0.6840, 0.6875

Tahap sokongan: 0.6800, 0.6755

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3240. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3300.

 

Tahap rintangan: 1.3300, 1.3360

Tahap sokongan: 1.3240, 1.3190

 

USDCHF, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9910. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.9950.

 

Tahap rintangan: 0.9950, 0.9985

Tahap sokongan: 0.9910, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 52.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 50.30.

 

Tahap rintangan: 52.85, 54.55

Tahap sokongan: 50.30, 48.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji tahap rintangan di 1305.10. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1296.85.

 

Tahap rintangan: 1305.10, 1318.10

Tahap sokongan: 1296.85, 1287.05