83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Januari 2019                  Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar diselubungi oleh risiko dan sentimen negatif.

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Isnin sementara para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada mesyuarat polisi Bank Pusat AS (Fed) yang dijadualkan pada pertengahan minggu ini. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.10% ke 95.33 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Ahli Fed akan bertemu pada minggu ini diantara 29hb – 30hb Januari dan kebanyakan para pelabur menjangkakan Pengerusi Jerome Powell untuk menegaskan risiko yang  menyelubungi ekonomi AS. Di samping itu, mata wang dolar juga telah menerima tekanan menurun selepas kerajaan AS mencapai konsensus untuk membuka semula operasi mereka. Pembukaan kerajaan AS serta pandangan ekonomi yang negatif telah menurunkan prospek terhadap dolar sementara fokus pasaran beralih kepada aset berisiko seperti pound sterling dan euro. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.03% ke 1.3204 semasa sesi dagangan Asia. Mata wang tersebut menerima sokongan bullish selepas media melaporkan bahawa Parti Kesatuan Demokratik Utara Ireland bakal menawarkan sokongan mereka ke atas perjanjian Brexit yang dikemukakan oleh Perdana Menteri UK Theresa May.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.34% ke paras $53.12 setong. Harga minyak mengalami kerugian pada sesi tengah hari selepas laporan pendapatan dari sektor perindustrian China mengalami penurunan bagi bulan kedua berturut-turut akibat daripada penyusutan harga barangan dan aktiviti perkilangan. Oleh kerana China adalah pengguna minyak mentah kedua terbesar di dunia, sebarang isyarat kemelesetan ekonomi dari rantau tersebut boleh menjejaskan harga minyak. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $1,302.72 se troy auns berikutan dengan pembekalan teknikal sampingan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22.00                     EUR                       ECB President Draghi Speaks

22.30                     GBP                       BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia melantun dari tahap sokongan 95.30. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 95.60, 95.75

Tahap sokongan: 95.30, 95.00

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3230. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3125, 1.2990

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1435. MACD yang memaparkan pembetulan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1435, 1.1485

Tahap sokongan: 1.1390, 1.1350

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras bawah saluran tersebut. MACD yang telah membentuk isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 109.35.

 

Tahap rintangan: 109.90, 110.25

Tahap sokongan: 109.35, 108.95

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7220, 0.7255

Tahap sokongan: 0.7175, 0.7145

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940

Tahap sokongan: 0.6840, 0.6780

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3220. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3280

Tahap sokongan: 1.3175 , 1.3115

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9990. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah sasaran 0.9905.

 

Tahap rintangan: 0.9990, 1.0045

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9835

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 52.80.

 

Tahap rintangan: 53.75, 54.40

Tahap sokongan: 52.80, 51.85

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1305.40. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1305.40, 1313.80

Tahap sokongan: 1295.55, 1287.35