30 Januari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Mampukah May menyelamatkan Brexit?
Pound sterling telah melanjutkan kerugiannya pada hari Rabu selepas ahli penggubal dasar UK menolak cadangan untuk melanjutkan tarikh tamat Brexit pada 29hb Mac 2019. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.39% ke paras 1.3093. Pada semalam, cadangan MP dari Parti Labor Yvette Cooper untuk melanjutkan tarikh tamat Brexit sekiranya perjanjian Brexit gagal untuk diluluskan pada 26hb Februari telah ditolak oleh parlimen. Bantahan tersebut bakal meningkatkan risiko Britain untuk memisah daripada EU tanpa sebarang perjanjian dengan zon ekonomi tersebut. Untuk setakat ini, Perdana Menteri UK Theresa May akan menuju ke Brussels dan memujuk ahli penggubal dasar EU dalam membuat pindaan ke atas perjanjian Brexit. Walaubagaimanapun, EU sebelum ini telah menolak sebarang cadangan untuk berunding semula dan ia bakal merumitkan lagi proses Brexit dan kemungkinan untuk mempunyai “soft Brexit”. Sementara itu, pasangan AUD/USD melonjak sebanyak 0.58% ke 0.7195. Dolar Australia menerima permintaan yang lebih tinggi berlatarbelakangkan data CPI yang positif dan ramalan harga besi yang lebih optimistik.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menokok sebanyak 0.43% ke paras $53.28 setong. Harga minyak telah meneruskan kenaikannya sementara para pelabur menilai tahap kekurangan bekalan minyak selepas AS menguatkuasakan sekatan terhadap beberapa syarikat minyak mentah yang dimiliki oleh kerajaan Venezuela. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.17% ke paras $1,313.93 se troy auns berikutan dengan risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran. .
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03:00 (31hb) USD FOMC Statement
03:00 (31hb) USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:00 | EUR – German CPI (MoM) (Jan) | 0.1% | -0.7% | – |
| 21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jan) | 271K | 170K | – |
| 21:30 | USD – GDP (QoQ) (Q4) | 3.4% | 2.6% | – |
| 23:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Dec) | -0.7% | 1.1% | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 7.970M | – | – |
| 03:00 (31hb) | USD – Fed Interest Rate Decision | 2.50% | 2.50% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran sisi. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 95.60, 95.75
Tahap sokongan: 95.30, 95.00

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3060. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3125, 1.3230
Tahap sokongan: 1.3060, 1.2990

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1435. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.1435.
Tahap rintangan: 1.1435, 1.1515
Tahap sokongan: 1.1355, 1.1300

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 109.90, 110.25
Tahap sokongan: 109.35, 108.95

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran sisi sementara ia telah melantun dari tahap sokongan 0.7145. MACD yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7220, 0.7255
Tahap sokongan: 0.7145, 0.7115

NZDUSD, Daily: NZDUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji di paras atasnya. MACD yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di paras atas segi tiga.
Tahap rintangan: 0.6840, 0.6890
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6710

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 1.3250.
Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3250, 1.3220

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah, sejajar dengan trend bearish semasa.
Tahap rintangan: 0.9970, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9935, 0.9920

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah sebelumnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 53.70, 54.40
Tahap sokongan: 52.80, 51.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1305.40. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas pemecahan berlaku di 1313.80.
Tahap rintangan: 1313.80, 1321.20
Tahap sokongan: 1305.40, 1295.55