83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Februari 2019                  Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD menjunam selepas ekonomi China mengecut.

Dolar Aussie telah berundur dari paras tinggi sebelumnya berlatarbelakangkan data ekonomi yang suram dari Australia dan China. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD menurun sebanyak 0.28% ke paras 0.7252. Menurut kepada Australia Bureau of Statistics, data Producer Price Index (PPI) meningkat hanya 0.5%, tersasar daripada ramalan iaitu 0.6%. Penyusutan pada harga kos pengeluar boleh melambatkan kadar inflasi semasa dari mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Bank Pusat Australia. Dolar Australia telah menerima tekanan menurun yang lebih lanjut selepas Caixin Manufacturing PMI mengecut dari paras 49.7 ke 48.3. Data tersebut telah mengiringi beberapa laporan yang suram dari China yang memaparkan isyarat kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, dolar AS meningkat sebanyak 0.03% ke 95.26 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Dolar AS telah melantun secara mendadak dari paras rendahnya susulan dengan data perumahan yang optimistik sementara para pelabur menunggu pembebasan Nonfarm Payrolls yang dijadualkan pada malam ini.

 

Sementara itu, harga minyak mentah susut sebanyak 0.54% ke $53.53 setong. Harga komoditi tersebut menerima tekanan menurun yang ketara selepas China membebaskan data sektor pembuatan yang suram pada pagi ini. Penyusutan pada aktiviti sektor tersebut boleh menurunkan permintaan China terhadap minyak mentah dan sekali gus memburukan lagi keadaan kelebihan stok global. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.24% ke paras $1,318.95 se troy auns akibat daripada lantunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Jan) 49.9 49.9
17:00 EUR – Manufacturing PMI (Jan) 50.5 50.5
17:30 GBP – Manufacturing PMI 54.2 53.5
Tentatif EUR – CPI (YoY) (Jan) 1.6% 1.4%
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Jan) 312K 165K
21:30 USD – Unemployment Rate (Jan) 3.9% 3.9%
23:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Jan) 54.3 54.2
02:00 (2hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 862

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 95.30, 95.50

Tahap sokongan: 95.00, 94.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah sasaran 1.3125. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3060.

 

Tahap rintangan: 1.3125, 1.3230

Tahap sokongan: 1.3060, 1.2990

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1515. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1415.

 

Tahap rintangan: 1.1445, 1.1515

Tahap sokongan: 1.1415, 1.1355

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 108.95. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 108.95.

 

Tahap rintangan: 108.95, 109.35

Tahap sokongan: 108.25, 107.50

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7275. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7275, 0.7360

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7070

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.6890.

 

Tahap rintangan: 0.6940, 0.7000

Tahap sokongan: 0.6890, 0.6820

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3120. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3175.

 

Tahap rintangan: 1.3175, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3120, 1.3070

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9920. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9970.

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0000

Tahap sokongan: 0.9920, 0.9910

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 53.70. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 54.40, 55.20

Tahap sokongan: 53.70, 52.80

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 1321.20, 1332.00

Tahap sokongan: 1313.80, 1305.40