83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Februari 2019             Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melonjak berlatarbelakangkan data perdagangan.

Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya sambil mencecah paras yang tertinggi di dalam tempoh dua minggu berikutan dengan laporan perdagangan yang optimistik. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.33% ke paras 96.11 pada sesi Asia. Menurut kepada laporan dari semalam, defisit perdagangan diantara nilai import dan eksport AS telah mengecut ke paras $49.3 bilion bagi bulan November, lebih rendah berbanding dengan sebelumnya di paras $55.70 bilion. Data yang positif ini telah meningkatkan pandangan positif terhadap dolar AS selepas pasaran kewangan mencerna isyarat bearish dari Bank Pusat AS sepenuhnya. Sementara itu, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.04% ke paras 1.1368. Mata wang tersebut mencecah paras rendah dua minggu berbanding dengan dolar selepas laporan Pesanan Kilang di Jerman memberikan bacaan yang kurang memuaskan serta memberi isyarat kepada kemelesetan ekonomi. Sekiranya keadaan semasa di EU makin merosot sehingga ke musim luruh, maka ia akan menjejaskan pelan pengetatan dasar yang bakal diambil oleh Bank Pusat Eropah.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.05% ke $53.76 setong. Harga minyak menerima tekanan bearish selepas laporan memaparkan bahawa stok minyak di Cushing, Oklahoma telah mencecah paras tertinggi semenjak bulan Januari 2018. Sementara itu, harga emas merosot sebanyak 0.02% ke $1,307.51 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                Pasaran            Acara

Sehari               HKD                  Hong Kong – Lunar New Year

Sehari               CNY                  China – Spring Festival

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                Pasaran           Acara

17:00                EUR                  ECB Economic Bulletin

18:00                EUR                  EU Economic Forecast

20:00                GBP                  MPC Inflation Report

20:00                GBP                  BoE MPC Meeting Minutes

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Dec) -1.9% 0.7%
20:00 GBP – BoE Interest Rate Decision (Feb) 0.75% 0.75%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 253K 221K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 96.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 96.30.

 

Tahap rintangan: 96.30, 96.65

Tahap sokongan: 96.00, 95.50

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2930. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.2930.

 

Tahap rintangan: 1.2990, 1.3060

Tahap sokongan: 1.2930, 1.2855

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1355. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah sasaran 1.1355.

 

Tahap rintangan: 1.1415, 1.1445

Tahap sokongan: 1.1355, 1.1300

 

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya.

 

Tahap rintangan: 110.00, 110.50.

Tahap sokongan: 109.55, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 0.7170. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7275

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 0.6780. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6710.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3220. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3280

Tahap sokongan: 1.3175, 1.3115

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.0000. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0040, 1.0080

Tahap sokongan: 1.0000, 0.9970

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 53.70.

 

Tahap rintangan: 54.40, 55.20

Tahap sokongan: 53.70, 52.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1313.80. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk melanjutkan penurunan selepas ia menutup di bawah 1305.40.

 

Tahap rintangan: 1313.80, 1321.20

Tahap sokongan: 1305.40, 1295.55