83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Februari 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

 

Dolar melonjak selepas inflasi mengukuh.

Dolar AS melonjak pada hari rabu berlatarbelakangkan data inflasi yang optimistik dari rantau tersebut. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.51% dan disebut niaga berhampiran 96.93 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Menurut kepada US Labor Department, Indeks Harga Pengguna (CPI) mendatar di paras 0.2% untuk bulan Januari. Namun, kadar Indeks Harga Pengeluar Teras (Core CPI) telah meningkat sebanyak 2.2% bagi perbandingan tahun-ke-tahun sambil menjangkaui ramalan ekonomis iaitu 2.1%. Walaupun data tersebut memaparkan isyarat yang bercampuran, kadar inflasi semasa telah menerima sokongan yang kukuh dari peningkatan harga perkhidmatan perubatan dan segmen bantuan awam. Oleh itu, sekiranya kadar inflasi makin mengukuh bagi jangka masa yang terdekat ini, maka ia bakal menghidupkan semula pelan kenaikan kadar faedah dari Bank Pusat AS. Sementara itu, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.05% ke 1.1258, paras yang terendah di dalam tempoh tiga bulan. Mata wang tersebut telah mengalami tekanan menurun yang ketara selepas data Industrial Production bagi zon EU tersasar daripada ramalan dan ia telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi di rantau tersebut.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.03% ke $53.87 setong. Harga minyak melonjak selepas Presiden Donald Trump mengulas bahawa rundingan perdagangan diantara Washington dan Beijing sedang berjalan secara lancar dan ia telah menurunkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi global akibat daripada perang perdagangan. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.09% ke $1,307.40 se troy auns berikutan dengan risiko yang masih berlegar di UK dan EU.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
Tentatif CNY – Trade Balance (USD) (Jan) 57.06B 33.90B
15:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q4) -0.2% 0.1%
21:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) 0.2% 0.0%
21:30 USD – Retail Sales (MoM) (Dec) 0.2% 0.1%
21:30 USD – PPI (MoM) (Jan) -0.2% 0.1%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah melanjutkan keuntungannya sementara kini menguji di sasaran 97.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 97.00.

Tahap rintangan: 97.00, 97.30

Tahap sokongan: 96.65, 96.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah bawahnya.

Tahap rintangan: 1.2855, 1.2930

Tahap sokongan: 1.2800, 1.2670

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 1.1300. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 1.1220.

Tahap rintangan: 1.1300, 1.1375

Tahap sokongan: 1.1200, 1.1185

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 111.00, 111.45

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7070. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.7070.

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7275

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek dan menuju ke arah 0.6830.

Tahap rintangan: 0.6830, 0.6855

Tahap sokongan: 0.6800, 0.6770

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3220. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3280.

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 1.0130, 1.0170

Tahap sokongan: 1.0080, 1.0040

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 54.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 54.40, 55.20

Tahap sokongan: 53.70, 52.80

 

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

Tahap rintangan: 1309.00, 1315.00

Tahap sokongan: 1303.00, 1292.85