14 Februari 2019 Analisis Sesi Petang
Ketegangan perdagangan menyusut, AUD meningkat.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sebanyak 0.07% ke 96.85 berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama semasa lewat sesi dagangan Asia di tengah-tengah harapan optimis dalam rundingan perdagangan. Sementara dua ekonomi yang terbesar bersedia untuk rundingan perdagangan baru awal minggu ini, Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa rundingan tersebut ‘berjalan dengan lancar’ dan China menawarkan ‘penghormatan yang luar biasa’. Walaupun Trump hanya akan bertemu Presiden China Xi Jinping untuk bersetuju dengan perjanjian akhir, beliau kini sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan tarikh akhir untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi ke atas barangan China selama 60 hari. Para pelabur berharap kedua-dua pihak tersebut dapat mencapai persetujuan dan menamatkan perang perdagangan berikutan dengan tarikh akhir yang dilambatkan boleh menyediakan peluang yang lebih tinggi untuk mencapai perjanjian. Justeru, para peserta pasaran bertindak balas dengan memindahkan pelaburan mereka kepada aset berisiko kerana sentimen pasaran secara keseluruhan telah dipulihkan. Selain itu, data perdagangan China memberikan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, mendorong China Yuan lebih tinggi serta rakan dagang utama China iaitu dolar Australia. Semasa penulisan, pasangan AUD / USD meningkat sebanyak 0.40% kepada 0.7115.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.43% ke $ 54.15 setong di tengah-tengah keyakinan dalam rundingan perdagangan. Walaupun data inventori yang suram telah dilaporkan oleh EIA semalam, perhatian pelabur kekal menumpu dalam perundingan perdagangan antara AS dan China berikutan dengan komen oleh Presiden Trump menyatakan rundingan tersebut ‘berjalan dengan baik’. Seterusnya, harga emas meningkat sebanyak 0.19% ke$ 1,308.50 se troy auns berikutan dengan dolar yang lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q4) | -0.2% | 0.1% | – |
| 21:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) | 0.2% | 0.0% | – |
| 21:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Dec) | 0.2% | 0.1% | – |
| 21:30 | USD – PPI (MoM) (Jan) | -0.2% | 0.1% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 96.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun dari tahap sokongan ke arah tahap rintangan 97.15.
Tahap rintangan: 97.15, 97.45
Tahap sokongan: 96.85, 96.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2850. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2915, 1.3000
Tahap sokongan: 1.2850, 1.2750

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.1275. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1310.
Tahap rintangan: 1.1310, 1.1350
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1215

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 110.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 110.90.
Tahap rintangan: 111.00, 111.45
Tahap sokongan: 110.50, 110.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7100. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7170.
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7220
Tahap sokongan: 0.7100, 0.7030

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk menlanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6850.
Tahap rintangan: 0.6850, 0.6915
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6715

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3245. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3185.
Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.0080. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0130, 1.0180
Tahap sokongan: 1.0080, 1.0030

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 53.90. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 53.90.
Tahap rintangan: 55.00, 56.15
Tahap sokongan: 53.90, 52.70

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari paras rendah. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, pemecahan dari saluran sisi adalah diperlukan untuk pengesahan yang lebih lanjut sebelumnya memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1315.00, 1325.15
Tahap sokongan: 1305.00, 1295.00