83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Februari 2019                                Analisis Sesi Petang

 

Dolar kekal rata sementara menunggu pencapaian perjanjian perdagagangan.

Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah mencecah berdekatan paras terendah tiga minggu di tengah-tengah ketidakpastian dalam perundingan perdagangan antara China dan AS yang telah menyebabkan para pelabur untuk berwaspada sebelum memasuki ke dalam pasaran. Sebelum pencapaian perjanjian perdagangan, sentimen pasaran dolar telah diburukkan semasa wakil perundingan perdagangan AS Robert Lighthizer menyatakan bahawa keputusan perundingan tersebut masih tidak tertentu pada masa ini. Di samping itu, kelanjutan ketegangan geopolitik antara Pakistan dan India telah menyusutkan selera risiko pelabur dan menyebabkan mereka untuk mengalihkan portfolio mereka dari pasaran yang berisiko ke dalam pasaran yang selamat seperti dolar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 95.95 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah menokok sebanyak 0.06% ke 0.7144 walaupun dengan data Manufacturing PMI China yang suram. Menurut kepada China Logistics, data PMI tersebut memberi bacaan sebanyak 49.2, tersasar dengan ramalan ekonomis di 49.5. Walaupun prestasi ekonomi Australia amat tertakluk kepada China, tetapi dolar Aussie masih berjaya untuk mengukuhkan kekuatannya berbanding dengan dolar AS.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.14% ke $56.90 setong akibat dengan data Manufacturing PMI China yang menunjukkan pengurangan dalam pengeluaran yang bakal menjejaskan permintaan mereka terhadap minyak mentah. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.08% ke $1318.50 se troy auns berikutan dengan pembetulan teknikal dari paras tingginya.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:00 EUR – German CPI (MoM) (Feb) -0.8% 0.5%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 216K 221K
21:30 USD – GDP (QoQ) (Q4) 3.4% 2.6%
22:45 USD – Chicago PMI (Feb) 56.7 58.1

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 95.75. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 96.00.

 

Tahap rintangan: 96.00, 96.40

Tahap sokongan: 95.75, 95.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3280.

 

Tahap rintangan: 1.3345, 1.3400

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3205

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tinggi saluran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1350.

 

Tahap rintangan: 1.1390, 1.1435

Tahap sokongan: 1.1350, 1.1325

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 110.90. Namun, MACD yang menunjukkan bias bullish momentum mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.90, 111.15

Tahap sokongan: 110.60, 110.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7145. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7105.

 

Tahap rintangan: 0.7145, 0.7190

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7075

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6845. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.6900

Tahap sokongan: 0.6845, 0.6795

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek ke arah tahap rintangan di 1.3195.

 

Tahap rintangan: 1.3195, 1.3235

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3085

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9980. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut

 

Tahap rintangan: 1.0015, 1.0045

Tahap sokongan: 0.9980, 0.9945

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan berdekatan 57.45. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 56.50.

 

Tahap rintangan: 57.45, 58.85

Tahap sokongan: 56.60, 55.15

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1323.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1315.35.

 

Tahap rintangan: 1323.00, 1331.65

Tahap sokongan: 1315.35, 1302.70