83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Mac 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar ditekan oleh sentimen dovish.

Dolar AS masih menerima tekanan bearish semasa pertengahan sesi Asia susulan dengan jangkaan yang lebih tinggi terhadap Bank Pusat AS (Fed) dalam mengambil langkah yang dovish berlatarbelakangkan data yang suram. Indeks dolar mengalami kerugian sebanyak 0.10% ke paras 95.73 semasa penulisan. Secara lazimnya, kebanyakan para pelabur menjangkakan Fed untuk mengelak dari meningkatkan kadar faedah sambil mengambil langkah untuk menunggu dan memantau apabila merujuk kepada dasar kewangan. Terdahulu, kadar inflasi AS telah mengalami kemerosotan sementara aktiviti di dalam beberapa sektor berkenaan di AS telah memaparkan penyusutan yang ketara. Justeru, perkembangan sebegini bakal mendorong Fed untuk menilai semula garis panduan dasar kewangan terutamanya dot-plot (ramalan kadar faedah Fed). Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas mesyuarat Fed di mana sesetengah menjangkakan bank pusat tersebut untuk mengumumkan pelan dalam memberhentikan pengurangan penyata imbangan dan menggubal dot-plot semasa. Selain itu, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.06% ke paras 0.7107 sambil mengetepikan isyarat dovish dari minit mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA). Di dalam minit tersebut, RBA menegaskan bahawa pasaran semasa mempunyai “ketidaktentuan yang ketara”, terutamanya di dalam pasaran domestik. Namun, RBA mengulas bahawa kemungkinan untuk menggubal dasar kewangan bagi jangka pendek adalah masih rendah.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.15% ke $59.34 setong. Harga minyak kekal disokong selepas Kazakhstan mengumumkan menutup lapangan minyak gergasi Kashagan pada bulan depan bagi mematuhi pelan OPEC. Sementara itu, harga emas telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.39% ke $1,307.43 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jan) 3.4% 3.2%
17:30 GBP – Claimant Count Change (Feb) 14.2K 13.1K
17:30 GBP – Unemployment Rate (Jan) 4.0% 4.0%
18:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Mar) -13.4 -11.0
22:00 USD – Factory Orders (MoM) (Jan) 0.1% 0.3%
04:30 (20hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -2.580M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 95.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 95.80.

 

Tahap rintangan: 96.10, 96.40

Tahap sokongan: 95.80, 95.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3220. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3295.

 

Tahap rintangan: 1.3295, 1.3400

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3145

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1335. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish serta pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1355.

 

Tahap rintangan: 1.1355, 1.1395

Tahap sokongan: 1.1335, 1.1315

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 111.10.

 

Tahap rintangan: 111.40, 112.00
Tahap sokongan: 111.10, 110.60

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish serta pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7120.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7145

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6840. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, pengunduran atau pemecahan pada tahap rintangan di atas adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.6900

Tahap sokongan: 0.6840, 0.6805

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3320.

 

Tahap rintangan: 1.3355, 1.3410

Tahap sokongan: 1.3320, 1.3290
 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan terdahulu di 1.0025. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9990.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0040

Tahap sokongan: 0.9990, 0.9965

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 59.45. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga harganya berundur dari atau memecahkan tahap rintangan tersebut sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 59.45, 61.25

Tahap sokongan: 57.65, 55.85

 

GOLD_ ,H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish serta silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1310.35.

 

Tahap rintangan: 1310.35, 1321.10

Tahap sokongan: 1298.90, 1292.05