83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Mac 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar berkekal lemah sementara Trump menunjukkan tanda kerelaan.

Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama susulan dengan laporan mengenai Presiden AS Donald Trump yang menunjukkan sikap keterbukaan ke atas sidang kemuncak dengan China untuk setakat ini. Menurut kepada Bloomberg, beliau telah menunjukkan kesanggupannya untuk menangguhkan sidang kemuncak dengan Presiden China Xi Jinping sehingga kesepakatan telah tercapai. Walau bagaimanapun, Trump kini masih tegas mengenai keadilan dalam perjanjian perdagangan dan memberi amaran bahawa beliau akan menolak perjanjian yang dicadangkan sekiranya syaratnya tidak sejajar dengan permintaan beliau. Selain itu, sentimen dolar AS masih dipengaruhi oleh data PPI yang mencerminkan pengesahan selanjutnya bagi Fed untuk menangguhkan peningkatan kadar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 96.36 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah melanjutkan penurunannya sebanyak 0.25% ke 0.7075 semasa penulisan susulan dengan laporan dari China yang memberi isyarat bercampuran. Walaupun data Retail Sales China telah melebihi jangkaannya, aktiviti perkilangan telah dijejaskan berikutan dengan data Industrial Production yang tersasar dengan ramalannya sebanyak 5.3% berbanding dengan 5.5%. Tambahan pula, ketegangan perdagangan yang berterusan diantara kedua-dua ekonomi terbesar terus memberi tekanan kepada dolar Aussie kerana China merupakan pengguna terbesar barangan Australia.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.12% ke $58.40 setong apabila AS berusaha untuk mengurangkan eksport minyak Iran sekurang-kurangnya 20% kepada 1 juta tong sehari dari Mei dengan menghendaki negara pengimport untuk mengurangkan pembelian untuk mengelakkan sekatan AS. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.20% ke $1306.68 se troy auns semasa penulisan selepas ia melanjutkan keuntungannya dengan ketara sebelumnya akibat kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:00                     CrudeOIL                               OPEC Monthly Report

03:00 (15hb)        GBP                                        UK Parliament vote on Extension of Brexit Date

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German CPI (MoM) (Feb) 0.5% 0.5%
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (Feb) -0.5% 0.3%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 223K 225K
22:00 USD – New Home Sales (Jan) 621K 622K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 96.40. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 96.80.

 

Tahap rintangan: 96.80, 97.20

Tahap sokongan: 96.40, 96.10

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3245. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3345, 1.3400

Tahap sokongan: 1.3245, 1.3180

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tinggi saluran menaik. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1315.

 

Tahap rintangan: 1.1350, 1.1390

Tahap sokongan: 1.1315, 1.1290

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 111.50. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 112.00.

 

Tahap rintangan: 112.00, 112.35

Tahap sokongan: 111.50, 111.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7070. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7045.

 

Tahap rintangan: 0.7070, 0.7105

Tahap sokongan: 0.7045, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6830.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.6900

Tahap sokongan: 0.6830, 0.6805

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3320.

 

Tahap rintangan: 1.3320, 1.3355

Tahap sokongan: 1.3260, 1.3195

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.0025. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.0065.

 

Tahap rintangan: 1.0065, 1.0090

Tahap sokongan: 1.0025, 0.9985

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari paras atas saluran sisi. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 59.45.

 

Tahap rintangan: 59.45, 61.25

Tahap sokongan: 57.65, 55.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1310.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1296.50.

 

Tahap rintangan: 1310.35, 1321.10

Tahap sokongan: 1296.50, 1283.95