83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Mac 2019                        Analisis Sesi Pagi

 

Pound sterling mengalami tekanan menurun akibat dengan kebuntuan Brexit.

Pound telah menjunam berbanding dengan mata wang utama lain selepas ia mencecah paras tinggi seminggu di tengah-tengah kebuntuan Brexit selepas kesemua 8 pelan alternatif yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen UK gagal mendapat kelulusan. Sentimen pasaran pound bertukar negatif semasa ahli-ahli parlimen mengundi untuk menolak setiap pelan alternatif, tetapi juga tidak bersetuju dengan draf Brexit Theresa May. Sebelum undian tersebut, May telah menegaskan kepada House of Common UK bahawa beliau akan meletak jawatannya selepas draf Brexit beliau mendapatkan kelulusan daripada parlimen UK. Di samping itu, pengumuman terkini daripada DUP juga memberi tekanan kepada pound sterling semasa DUP mengesahkan bahawa mereka tidak akan menyokong draf Brexit May walaupun May berjanji untuk meletakkan jawatannya selepas kelulusan draf Brexitnya. DUP juga menyatakan bahawa untuk setakat ini, mereka tidak dapat melihat sebarang kemajuan dalam penyelesaian masalah Brexit dan mereka hanya akan meluluskan draf Brexit yang dapat menyelesaikan isu sempadan Ireland. Pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.07% ke 1.3180 sementara indeks dolar meningkat sebanyak 0.17% ke 96.35.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.37% ke $58.95 setong di tengah-tengah laporan inventori minyak EIA yang mencatatkan peningkatan yang ketara dalam inventori minyak di AS. Data tersebut memberi bacaan sebanyak 2.800M, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak -1.100M serta melebihi data terdahulu sebanyak 9.589M. Namun, kerugian harga minyak telah dihadkan oleh sokongan daripada usaha OPEC dalam pemotongan bekalan. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.03% ke $1309.85 se troy auns di tengah-tengah kebuntuan Brexit yang meningkatkan permintaan terhadap aset selamat tertentu.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

04:00 (29hb)        NZD                                        RBNZ Gov Orr Speaks 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q4) 2.6% 2.4%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 221K 220K
21:00 EUR – German CPI (MoM) (Mar) 0.4% 0.6%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Feb) 4.6% 0.1%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 96.20. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur kembali ke arah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.70, 97.05
Tahap sokongan: 96.20, 95.70

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3180. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3300, 1.3415
Tahap sokongan: 1.3180, 1.3085

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1260. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke tahap rintangan di 1.1260.

 

Tahap rintangan: 1.1260, 1.1290
Tahap sokongan: 1.1215, 1.1175

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 110.35. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.95, 111.45
Tahap sokongan: 110.35, 109.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.7070. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke arah tahap rintangan di 0.7115.

 

Tahap rintangan: 0.7115, 0.7150
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7025

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6775. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke arah tahap rintangan di 0.6820.

 

Tahap rintangan: 0.6820, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6775, 0.6730

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3400. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3455.

 

Tahap rintangan: 1.3455, 1.3500
Tahap sokongan: 1.3400, 1.3360

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan paras atas saluran di 0.9950. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke paras bawah saluran di 0.9905.

 

Tahap rintangan: 0.9950, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 59.35. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 58.40.

 

Tahap rintangan: 59.35, 60.20
Tahap sokongan: 58.40, 57.50

 

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melantun ke arah paras atas saluran menaik tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1315.00, 1323.00
Tahap sokongan: 1305.50, 1294.50