83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Mac 2019                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar kukuh didorong oleh kebuntuan Brexit walaupun dengan data lemah.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.03% ke 96.71 semasa sesi dagangan awal Asia selepas ia mencecah paras tertinggi 2 minggu walaupun dengan pembebasan data yang suram di AS. Perkembangan GDP AS telah menyusut ke paras 2.2% berbanding dengan ramalannya sebanyak 2.4% sementara data Pending Home Sales memberi bacaan -1.0%, jauh rendah berbanding dengan ramalannya sebanyak 0.1%. Oleh kerana kenyataan Fed yang dovish dan juga prospek terhadap ekonomi AS yang bias kepada kemelesetan ekonomi, kedua-dua data yang suram tersebut tidak memberi impak yang seberapa besar sementara para pelabur lebih menumpukan perhatian kepada perkembangan Brexit. Sementara ketegangan Brexit memberi tekanan menurun kepada pasaran pound, para pelabur kini menumpukan perhatian mereka kepada undian Brexit ketiga di mana kelulusan undian tersebut akan membenarkan UK untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 22hb May. Namun, sekiranya undian tersebut ditolak oleh parlimen UK, UK harus membuat keputusan untuk Brexit tanpa perjanjian pada 12hb April atau memintakan penangguhan tempoh Brexit dengan lebih lanjut sementara berada di dalam EU dan menyertai juga pilihan raya EU yang seterusnya. Ketegangan Brexit telah mencetuskan penjualan mata wang pound secara mendadak pada hari semalam, namun pasangan GBP/USD berjaya untuk memangkas sebahagian kerugiannya sebanyak 0.14% ke 1.3060 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.03% ke $59.44 setong selepas ia melanjutkan keuntungannya sepanjang hari semalam di tengah-tengah sentimen positif dalam pasaran. Berita terkini telah melaporkan bahawa AS akan meluaskan sekatan terhadap minyak eksport Venezuela sambil mengarahkan pedagang minyak dari seluruh dunia untuk mengurangkan perdagangan mereka dengan Venezuela untuk mengelakkan sekatan daripada AS. Di samping itu, usaha yang berterusan dalam pemotongan bekalan oleh pihak OPEC dan sekutunya turut untuk memberi sokongan kepada harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.12% ke $1291.65 se troy auns selepas mengalami penjualan secara mendadak akibat dengan kebuntuan Brexit yang menyebabkan para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran dolar yang lebih selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                                     Pasaran                 Acara

Tentatif (30hb)                     GBP                                        UK Parliament vote on Brexit deal

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Unemployment Change -21K -10K
17:30 GBP – GDP (QoQ) (Q4) 1.3% 1.3%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Mar) 1.5%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Jan) -0.1% 0.1%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) 97.8 97.8
22:00 USD – New Home Sales (Feb) 607K 620K
01:00 (30hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 824

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.80. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.40.

 

Tahap rintangan: 96.80, 97.20

Tahap sokongan: 96.40, 96.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3055. MACD yang memaparkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3215

Tahap sokongan: 1.3055, 1.2965

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1220. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1280.

 

Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320

Tahap sokongan: 1.1220, 1.1180

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 110.85. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.85, 111.40

Tahap sokongan: 110.35, 109.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7070. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7120.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7145

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6775. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.6820.

 

Tahap rintangan: 0.6820, 0.6860

Tahap sokongan: 0.6775, 0.6730

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3440. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan atau pengunduran dari tahap rintangan tersebut adalah diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3440, 1.3490

Tahap sokongan: 1.3375, 1.3340

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.9960. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9930.

 

Tahap rintangan: 0.9960, 0.9985

Tahap sokongan: 0.9930, 0.9895

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 59.05. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 59.70.

 

Tahap rintangan: 59.70, 60.25

Tahap sokongan: 59.05, 58.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1292.30. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1283.70.

 

Tahap rintangan: 1292.30, 1300.25

Tahap sokongan: 1283.70, 1277.05