83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Sejauh manakah dolar akan meningkat?

Dolar AS telah melantun dengan ketara pada semalam berikutan dengan laporan inflasi pengeluar dan tuntutan pengangguran optimistik yang telah mengurangkan kekhuatiran terhadap kemungkinan pemotongan kadar faedah dari Bank Pusat AS (Fed). Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.23% ke 96.57 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Menurut kepada US Labor Department, data Core Producer Price Index bagi bulan Mac meningkat sebanyak 0.3%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 0.2%. Selain itu, tuntutan pengangguran bagi minggu lepas menurun sebanyak 8,000 individual ke paras 196,000, lebih rendah daripada jangkaan iaitu 211,000. Kedua-dua laporan ini telah dilepaskan sehari selepas minit mesyuarat Fed memaparkan bahawa majoriti daripada ahlinya menjangka untuk mengekalkan kadar faedah bagi sepanjang tahun ini. Selain itu, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.09% ke 1.1260 semasa sesi Asia. Semalaman, euro telah menerima tekanan bearish selepas data daripada AS menjangkaui ramalan ekonomis. Selain itu, sentimen pasaran terhadap euro makin merosot berikutan dengan data yang lemah serta isyarat dovish yang disampaikan oleh Bank Pusat Eropah.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.06% ke $63.62 setong. Harga minyak telah menerima tekanan menurun selepas International Energy Agency menyatakan bahawa permintaan adalah faktor yang paling penting dalam pengimbangan pasaran dan ia telah menerima ancaman dari risiko kelembapan ekonomi yang makin meningkat. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.01% ke $1,292.54 se troy auns susulan dengan lantunan yang ketara pada dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – Industrial Production (MoM) (Feb) 1.4% -0.5%
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (Mar) 0.6% 0.4%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr) 98.4 98.1
01:00

(13hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 831

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.00.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.50, 95.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3110. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3015.

 

Tahap rintangan: 1.3110, 1.3155

Tahap sokongan: 1.3015, 1.2965

 

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal sekiranya ia melantun dari paras rendahnya.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1300

Tahap sokongan: 1.1255, 1.1230

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 111.75.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.20

Tahap sokongan: 111.45, 111.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.7115.

 

Tahap rintangan: 0.7130, 0.7150

Tahap sokongan: 0.7115, 0.7090

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6720. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6720.

 

Tahap rintangan: 0.6745, 0.6765

Tahap sokongan: 0.6720, 0.6700

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras tengah saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3400.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3435

Tahap sokongan: 1.3370, 1.3340

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9995. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.0040.

 

Tahap rintangan: 1.0040, 1.0070

Tahap sokongan: 0.9995, 0.9945

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 63.70.

 

Tahap rintangan: 63.70, 64.65

Tahap sokongan: 62.80, 61.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1295.65. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke paras bawah saluran menurun.

 

Tahap rintangan: 1295.65, 1302.50

Tahap sokongan: 1284.15, 1275.30