83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Tiada kenaikan kadar bagi tahun ini?

Dolar AS telah susut berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas pembebasan minit mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) yang memaparkan isyarat dovish di dalam kalangan ahlinya. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.10% ke 96.47 semasa penulisan. Menurut kepada minit, majoriti daripada ahli penggubal dasar menjangkakan kadar faedah untuk kekal sama bagi sepanjang tahun ini. Dari segi ekonomi, Fed meramal bahawa pertumbuhan GDP bagi suku pertama akan mengalami penyusutan akibat daripada pertumbuhan yang suram dari segi perbelanjaan pengguna dan pelaburan bisnes. Namun, mereka menjangkakan aktiviti ekonomi untuk melantun pada suku kedua dan menjangkakan GDP untuk bertumbuh dengan kadar yang lebih lambat apabila dibandingkan dengan tahun lepas. Secara keseluruhannya, minit mesyuarat ini adalah sejajar dengan jangkaan para pelabur di mana risiko kemelesetan di dalam pasaran akan mendorong Fed untuk mengekalkan kadar di tahap yang rendah untuk jangka masa yang lebih panjang. Buat setakat ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas data ekonomi yang lebih lanjut dari AS untuk mendapat isyarat selebihnya. Sementara itu, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.02% ke 1.3093 semasa sesi Asia. Menurut kepada laporan, pemimpin zon Eropah telah mengemukakan penangguhan Brexit sehingga ke 31hb Oktober dengan sidang kemuncak pada bulan Jun untuk membuat reviu ke atas keadaan Brexit semasa. Tarikh akhir pada bulan Oktober mencadangkan bahawa UK akan meninggalkan EU sebelum Suruhanjaya EU mengambil alih pentadbiran dan ini bakal mengehadkan impak UK di dalam fasa bisnes EU yang seterusnya.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.16% ke $64.28 setong. Harga minyak menerima tekanan menurun selepas EIA melaporkan peningkatan pada stok minyak sebanyak 7.03 juta tong, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk susut sebanyak 2.3 juta tong. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.03% ke $1,308.53 se troy auns susulan dengan dolar yang lemah dan risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

16:00                     CrudeOIL               IEA Monthly Report

Tentatif                 CrudeOIL                OPEC Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:30 EUR – German CPI (MoM) (Mar) 0.4% 0.4%
20:30 USD – PPI (MoM) (Mar) 0.1% 0.3%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaganya di bawah tahap sokongan 96.50. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 95.95.

 

Tahap rintangan: 96.50, 97.00

Tahap sokongan: 95.95, 95.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3100. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3100.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3155

Tahap sokongan: 1.3015, 1.2965

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1275. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas sasaran 1.1275.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1300

Tahap sokongan: 1.1255, 1.1230

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.45

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7180, 0.7200

Tahap sokongan: 0.7150, 0.7130

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6795, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6745, 0.6700

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3300.

 

Tahap rintangan: 1.3340, 1.3370

Tahap sokongan: 1.3300, 1.3270

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0040, 1.0070

Tahap sokongan: 0.9995, 0.9945

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 64.65. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 64.65, 66.00

Tahap sokongan: 63.70, 62.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1311.40, 1321.00

Tahap sokongan: 1302.50, 1295.65