15 April 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menurun akibat dengan sentimen pengguna yang suram, pound meningkat.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.07% ke 96.47 semasa sesi dagangan awal Asia sementara ditekan oleh sentimen pengguna yang suram. Menurut kepada Universiti Michigan, sentimen pengguna telah menurun ke 96.9, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 98.1 serta menunjukkan sentimen pengguna yang lebih suram terhadap keadaan ekonomi di AS. Selain itu, perkembangan Brexit terkini telah meningkatkan selera risiko pelabur dan menyebabkan mereka untuk mengalihkan portfolio dari pasaran dolar ke dalam pasaran pound. Pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada data ekonomi yang akan datang seperti Retail Sales AS bagi bulan Mac untuk memantau momentum dolar dengan selanjutnya. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menokok sebanyak 0.07% ke 1.3088 semasa penulisan berikutan dengan kelulusan EU untuk menangguhkan selanjutnya tarikh akhir Brexit ke 31hb Oktober. Parlimen UK kini tengah berusaha untuk meluluskan satu perjanjian sebelum pilihan raya Kesatuan Eropah. Walaupun kemungkinan Brexit tanpa perjanjian telah menyusut, namun ancaman kemerosotan ekonomi jangka panjang serta risiko politik domestik yang lebih tinggi dari Brexit telah mengehadkan keuntungan pound. Parlimen UK dijangka untuk membincangkan pelan kompromi terbaru pada minggu ini untuk mengatasi kebuntuan Brexit dan berharap untuk mencapai kata sepakat sebelum Perdana Menteri May mendapatkan kelulusan dari EU.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan penurunannya sebanyak 0.49% ke $63.43 setong pada hari Isnin berikutan dengan pembebasan data pelantar minyak pada hari Sabtu. Menurut kepada Baker Hughes, bilangan pelantar minyak telah meningkat sebanyak 2 sementara mengisyaratkan kemungkinan peningkatan dalam inventori minyak. Laporan terkini juga menyatakan bahawa Rusia dan OPEC berkemungkinan untuk membuat perbincangan untuk meningkatkan pembekalan minyak semasa mesyuarat OPEC+ pada bulan Jun. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.18% ke $1287.95 se troy auns di tengah-tengah peningkatan selera risiko pelabur.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:30 | CHF – PPI (MoM) (Mar) | 0.2% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – NY Empire State Manufacturing Index (Apr) | 3.70 | 8.10 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan di 96.45. Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat daripada MACD, pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan tersebut adalah diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.45, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari garisan MA-50 (merah). Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pengesahan yang selanjutnya seperti pemecahan pada tahap rintangan atau sokongan adalah diperlukan sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3115, 1.3185
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1325. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1325, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1245

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 112.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 111.75.
Tahap rintangan: 112.10, 112.70
Tahap sokongan: 111.75, 111.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7195. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.7155.
Tahap rintangan: 0.7195, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7130

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.6770. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 0.6725 sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6815
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6680

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3365. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan atau sokongan terdekat adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3365, 1.3460
Tahap sokongan: 1.3295, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji semula pada tahap rintangan di 1.0025. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0055
Tahap sokongan: 1.0000, 0.9965

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 63.15. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan di 63.15.
Tahap rintangan: 64.55, 65.85
Tahap sokongan: 63.15, 61.75

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1287.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1296.40.
Tahap rintangan: 1296.40, 1310.70
Tahap sokongan: 1287.00, 1280.85