83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melanjutkan kerugiannya selepas keluaran data ADP yang lemah.

Indeks dolar yang mengukur sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh pada hari Rabu berikutan dengan data ADP yang lemah, menambah kebimbangan mengenai kekukuhan ekonomi. Menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Automatic Data Processing Inc (ADP), sektor swasta A.S. telah mencatatkan pertumbuhan pekerjaan paling rendah dalam 18 bulan, dengan bacaan hanya sebanyak 129K, lebih rendah daripada ramalan ekonomi dengan bacaan sebanyak 170K. Data lemah tersebut boleh menyokong Rizab Persekutuan untuk memberhentikan kenaikan kadar selanjutnya, susulan bank pusat kekal bimbang akan pertumbuhan domestik yang perlahan. Pada masa yang sama, data ISM Manufacturing PMI juga mencatatkan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan dengan bacaan hanya sebanyak 56.1 berbanding ramalan pasaran dengan bacaan sebanyak 56.1, mengukuhkan pengesahan selanjutnya mengenai kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat. Semasa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.28% ke 97.09. Sebaliknya, paun sterling berjaya mengekalkan kedudukannya dan kekal mantap walaupun data Service PMI megeluarkan keputusan yang mengecewakan. Menurut kepada Markit, sektor perkhidmatan dalam UK telah menjadi lemah berikutan dengan data tersebut memberi bacaan sebanyak 48.9, lebih lemah daripada jangkaan dengan bacaan sebanyak 50.0. Walau bagaimanapun, pasaran kekal berjaya mengukuhkan keuntungannya di paras yang tinggi kerana para pelabur tetap positif berikutan dengan Perdana Menteri UK Theresa May menawarkan ceramah kepada ketua pembangkang Jeremy Corbyn untuk memastikan peralihan teratur dan berunding untuk keluar dari Kesatuan Eropah, dan bukannya memberi kepada penggubal undang-undang kepadanya pihak sendiri yang bersedia menerima konsekuensi Brexit tanpa pengaturan Berita tersebut menunjukkan tanda-tanda yang positif pada Brexit. GBPUSD telah melonjak sebanyak 0.30% kepada 1.3167 pada masa penulisan.

 

Bagi komoditi, harga minyak mentah telah menyerah kembali sebahagian daripada keuntungannya dan menyusut sebanyak 0.28% ke $62.48 setong berikutan dengan peningkatan yang tidak dijangka dalam inventorinya. Menurut kepada laporan baru-baru ini dari EIA, stok minyak mentah telah meningkat 7.2 juta barel pada minggu yang berakhir pada 29 Mac , lemah berbanding anggaran penganalisis dengan bacaan sebanyak 425K. Justerunya, data tersebut telah menyeret sentimen pasaran minyak dengan reaksi awal kepada data. Walau bagaimanapun, pasaran kekal optimistik pada jangka panjang dan kekal memberi tumpuan kepada sumber seterusnya yang boleh menjejaskan pasaran minyak. Seterusnya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.05% ke $1292.20 semasa penulisan berikutan dengan dolar yang lemah dijejaskan oleh data ADP yang mengecewakan.

 


 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

19.30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – Initial Jobless Claims 211K 216K
22.00 CAD – Ivey PMI 50.6 51.1

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 96.85. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 96.20.

 

Tahap rintangan: 96.85, 97.15

Tahap sokongan: 96.20, 95.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3180. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3065.

 

Tahap rintangan: 1.3180, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3065, 1.2960

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.1215. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1275.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1325

Tahap sokongan: 1.1215, 1.1180

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 111.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.10

Tahap sokongan: 111.40, 110.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7155

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan tahap rintangan sebelumnya 0.6770. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6815.

 

Tahap rintangan: 0.6815, 0.6875

Tahap sokongan: 0.6770, 0.6725

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3295. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3350.

 

Tahap rintangan: 1.3350, 1.3460

Tahap sokongan: 1.3295, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikuran dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9965. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.0000.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9965, 0.9910

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 65.50. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 60.20.

 

Tahap rintangan: 62.50, 64.10

Tahap sokongan: 60.20, 58.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikuran dengan lantunan dari tahap sokongan 1287.00. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1298.05.

 

Tahap rintangan: 1298.05, 1308.10

Tahap sokongan: 1287.00, 1280.80