83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat walaupun dengan data pengeluaran industri yang suram.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah meningkat sebanyak 0.08% ke 96.72 semasa penulisan walaupun dengan pembebasan data Industrial Production AS yang suram. Menurut kepada Board of Governors Bank Pusat AS (Fed), pembekalan dalam sektor perkilangan dan pembuatan telah menyusut ke paras -0.1%, tersasar dengan ramalannya sebanyak 0.2%, serta mengesahkan jangkaan Fed untuk menghentikan pelan kenaikan kadar bagi tahun ini. Namun, sentimen pasaran dolar kekal positif berikutan dengan peningkatan dalam ekuiti AS dan juga hasil bon perbendaharaannya yang telah memberi sokongan kepada harga dolar. Pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada sebarang perkembangan dalam negara serta data yang bakal menjejaskan keadaan pasaran AS. Sebaliknya, Kiwi New Zealand telah menerima penjualan secara mendadak dan menjunam sebanyak 0.83% ke 0.6703 semasa penulisan berikutan dengan data CPI yang suram. Menurut kepada data yang dibebaskan daripada Statistics New Zealand, data CPI tersebut telah memberi bacaan sebanyak 0.1%, tersasar dengan ramalannya sebanyak 0.3% serta mengesahkan jangkaan pelan Bank Pusat New Zealand (RBNZ) untuk memotong kadar faedah pada bulan Mei nanti. Selain itu, Gabenor RBNZ Adrian Orr telah menyatakan dalam temu duga beliau bahawa mata wang kiwi kini berada di paras yang ‘selesa’ serta menegaskan bahawa prospek terhadap tahap inflasi yang suram bagi suku pertama telah mendorong pendirian dovish bank tersebut.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.12% ke $64.30 setong semasa penulisan berikutan dengan data inventori yang baik. Menurut kepada laporan daripada American Petroleum Institute (API), inventori minyak mentah telah menurun sebanyak 3.1 juta tong bagi minggu akhir 12hb April. Pada masa yang sama, ketegangan di Libya dan eksport yang rendah dari Venezuela dan Iran akibat dengan sekatan AS telah menggalakkan peningkatan nilai komoditi tersebut. Namun, laporan terkini mengenai keputusan Moscow untuk menghentikan perjanjian pemotongan dengan OPEC telah menyebabkan para pelabur untuk menumpukan perhatian mereka kepada sebarang perkembangan terhadap hal tersebut kerana ia bakal membawa impak yang besar kepada pasaran minyak. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.08% ke $1276.10 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan peningkatan selera risiko pelabur di tengah-tengah pemulihan harga dolar serta penjualan emas secara mendadak oleh Venezuela.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

21.00                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – CPI (MoM) (Mar) 0.5% 0.3%
16.30 GBP – PPI Input (MoM) (Mar) 0.6% 0.3%
17.00 EUR – CPI (YoY) (Mar) 1.4% 1.4%
20.30 CAD – CPI (MoM) (Mar) 1.5% 1.9%
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 7.029M 1.711M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 96.40. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.00.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.60

Tahap sokongan: 96.40, 96.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari paras rendah segi tiga menyempit. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3010.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3145

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2965

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.1280. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.1340.

 

Tahap rintangan: 1.1340, 1.1395

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1230

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 112.00. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 112.40.

 

Tahap rintangan: 112.40, 113.00

Tahap sokongan: 112.00, 111.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7180. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.7155.

 

Tahap rintangan: 0.7180, 0.7220

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7130

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6705. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6745, 0.6795

Tahap sokongan: 0.6705, 0.6625

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3355. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan di 1.3355.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3440

Tahap sokongan: 1.3355, 1.3295

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.0070. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan di 1.0070.

 

Tahap rintangan: 1.0105, 1.0160

Tahap sokongan: 1.0070, 1.0030

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 63.70. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 64.65.

 

Tahap rintangan: 64.65, 66.00

Tahap sokongan: 63.70, 62.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1274.10. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1283.80, 1295.65

Tahap sokongan: 1274.10, 1268.00