18 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
AUD melonjak susulan data pekerjaan positif.
Dolar Australia melonjak semasa sesi perdagangan Asia susulan dengan pembebasan data pekerjaan serantau yang memaparkan peningkatan pada posisi pekerjaan sepenuh masa. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.14% ke paras 0.7188. Menurut kepada Biro Statistik Australia, ekonomi mereka telah menambah sebanyak 25,700 pekerjaan bagi bulan Mac, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 12,000. Walaupun penambahan pekerjaan adalah tinggi, kadar pengangguran dari rantau tersebut telah meningkat seperti yang dijangkakan dari paras 4.9% ke 5.0%. Namun, kebanyakan para pelabur memberikan sentimen yang optimis ke atas data pekerjaan sepenuh masa selepas ia meningkat sebanyak 48,300 bagi bulan Mac, lebih baik daripada sebelumnya yang menyusut sebanyak 7,300. Ketiga-tiga data tersebut mencadangkan pasaran pekerjaan di Australia adalah masih kukuh dan ia bakal memberi sokongan kepada ekonomi mereka untuk jangka pertengahan dan jangka panjang. Sementara itu, pasangan EUR/USD menyusut sebanyak 0.02% ke 1.1297. Mata wang euro telah melanjutkan aliran bearish semenjak semalam berikutan dengan pembebasan data yang suram dari rantau zon EU. Walaupun CPI bagi bulan Mac memberi bacaan di dalam jangkaan sebanyak 1.4%, data Core CPI telah tersasar daripada ramalan dengan hanya 1.0% berbanding 1.3%. Data ini telah meningkatkan jangkaan pasangan bahawa momentum ekonomi di zon Eropah mula untuk menyusut dan ia adalah sejajar dengan ramalan yang diberikan oleh Bank Pusat Eropah.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak menyusut sebanyak 0.03% ke $63.70 setong. Harga minyak masih menerima tekanan menurun selepas laporan mendapati bahawa Rusia berkemungkinan untuk meninggalkan pelan pemotongan OPEC selepas bulan Jun bagi mendapatkan bahagian pasaran minyak mentah dari AS. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.12% ke $1,272.45 se troy auns selepas Venezuela menjual lebih daripada $400 juta emas berikutan dengan sekatan dari AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Apr) | 44.1 | 45.0 | – |
| 16:00 | EUR – Markit Composite PMI (Apr) | 51.6 | 51.8 | – |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Mar) | 0.4% | -0.3% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) | -0.4% | 0.7% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Mar) | -0.2% | 0.9% | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) | 13.7 | 10.4 | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 196K | 205K | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Feb) | 0.1% | 0.2% | – |
| 21:45 | USD – Markit Composite PMI | 54.6 | – | – |
| 01:00
(19hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 833 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.05.
Tahap rintangan: 97.05, 97.60
Tahap sokongan: 96.35, 96.15

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3030. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3065.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3105
Tahap sokongan: 1.3030, 1.3005

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1320. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran bearish dan menuju ke arah 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1320, 1.1355
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1255

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 112.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 111.40.
Tahap rintangan: 112.00, 112.35
Tahap sokongan: 111.40, 110.85

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.7175. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish serta silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya dan menuju ke arah 0.7195.
Tahap rintangan: 0.7195, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7145

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6705. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah 0.6740.
Tahap rintangan: 0.6740, 0.6780
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6675

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3345. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish serta silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3390.
Tahap rintangan: 1.3390, 1.3440
Tahap sokongan: 1.3345, 1.3290

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.0090.
Tahap rintangan: 1.0120, 1.0158
Tahap sokongan: 1.0090, 1.0065

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan momentum bearish serta silang kematian mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 50-MA tersebut.
Tahap rintangan: 64.50, 65.95
Tahap sokongan: 63.45, 62.85

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1275.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah tahap sokongan di 1253.10.
Tahap rintangan: 1275.10, 1302.30
Tahap sokongan: 1253.10, 1231.15