83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 Mei 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Mampukah NFP memacu lantunan dolar AS?

Dolar AS telah melanjutkan pemulihannya selepas mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) walaupun terdapatnya data yang bercampuran dari semalam. Semasa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.15% ke 97.55. Menurut kepada US Commerce Department, pesanan kilang bagi bulan Mac telah meningkat sebanyak 1.9%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 1.0%. Namun, US Department of Labor melaporkan bahawa initial jobless claims kekal sama di paras 230,000, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk menurun sebanyak 10,000 ke 220,000. Secara keseluruhannya, data yang suram ini gagal untuk memberi kesan ke atas pemulihan dolar selepas kadar hasil bon AS meningkat akibat daripada kemungkinan yang lebih rendah untuk berlakunya pemotongan kadar faedah bagi tempoh masa yang terdekat. Menurut kepada Pengerusi Fed Jerome Powell, beliau menegaskan bahawa polisi kewangan adalah masih wajar untuk keadaan semasa dan mereka akan mengambil langkah “menunggu sambil memantau” sebelum melaksanakan sebarang perubahan. Sementara itu, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.03% ke 1.3032 semasa sesi Asia. Bank Pusat England masih kekal berjaga-jaga mengenai ramalan ekonomi UK berikutan dengan risiko Brexit dan mereka menegaskan untuk mengambil tindakan sekiranya diperlukan. Selain itu, BoE juga telah menurunkan prospek untuk kenaikan kadar yang lebih pantas selepas mereka menjangkakan kadar inflasi untuk berayun di bawah sasaran 2% buat setakat ini.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah memulih sebanyak 0.18% ke $61.61 setong. Harga minyak menjunam lebih daripada 4% pada semalam sambil mencecah paras terendah di dalam tempoh masa seminggu. Momentum tersebut telah didorong selepas Energy Information Administration memaparkan bahawa stok minyak telah meningkat lebih daripada 30 juta tong bagi 5 minggu yang lepas. Peningkatan tersebut adalah akibat daripada kes kebakaran yang berlaku di hab Houston dan ia telah melambatkan proses eksport. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.01% ke $1,270.60 se troy auns akibat daripada kekukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

Sehari                    Jepun     Constitution Day

Sehari                    China      Labour Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Services PMI (Apr) 48.9 50.4
17:00 EUR – CPI (YoY) (Apr) 1.4% 1.6%
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Apr) 0.1% 0.3%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Apr) 196K 181K
20:30 USD – Unemployment Rate (Apr) 3.8% 3.8%
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) 56.1 57.2
01:00

(4hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 805

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dlar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.85. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.65.

 

Tahap rintangan: 97.65, 98.60

Tahap sokongan: 96.85, 95.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3120

Tahap sokongan: 1.3000, 1.2900

 

EURUSD, H4: EURSUD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.1200. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.1155.

 

Tahap rintangan: 1.1200, 1.1250

Tahap sokongan: 1.1155, 1.1100

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 111.35.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.00

Tahap sokongan: 111.35, 111.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di sasaran 0.6990. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6990.

 

Tahap rintangan: 0.7035, 0.7070

Tahap sokongan: 0.6990, 0.6935

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 0.6630. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun dan menuju ke arah 0.6580.

 

Tahap rintangan: 0.6630, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3485.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0205. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.0205.

 

Tahap rintangan: 1.0205, 1.0320

Tahap sokongan: 1.0135, 1.0095

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 61.80. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia memecahkan sasaran di 61.80.

 

Tahap rintangan: 61.80, 63.00

Tahap sokongan: 60.85, 59.75

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1267.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1275.30, 1285.80

Tahap sokongan: 1267.00, 1253.25