83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Inflasi susut, dolar berundur.

Dolar AS telah berundur dari paras tingginya pada hari Jumaat lepas selepas data optimis mengenai pertumbuhan AS telah diselubungi oleh penyusutan kadar inflasi. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.02% ke 97.73 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Menurut kepada US Commerce Department, kadar GDP bagi suku pertama telah memberi bacaan sebanyak 3.2%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 2.0%. Bacaan yang tinggi tersebut adalah akibat daripada pertumbuhan di dalam faktor pelaburan swasta dan perdagangan luar negara. Namun, penurunan pada faktor perbelanjaan peribadi (merangkumi 2/3 daripada ekonomi AS) boleh berterusan sehingga ke suku kedua. Selain itu, sentimen optimis para pelabur telah menurun selepas PCE Price Index (data yang digunakan oleh Bank Pusat AS) memberi bacaan hanya 1.3%, lebih rendah daripada ramalan iaitu 1.8%. Penyusutan pada kadar inflasi telah meningkatkan jangkaan bahawa Bank Pusat AS berkemungkinan untuk memotong kadar faedah di dalam tahun ini bagi memberi sokongan kepada ekonomi semasa. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.01% ke 1.2919 sementara EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.1150.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.02% ke $62.76 setong. Harga minyak menurun lebih daripada 1% pada hari Jumaat lepas selepas Presiden AS Donald Trump menyeru OPEC untuk memotong harga minyak mentah dan pembekalannya. Selain itu, penyusutan pada pertumbuhan inflasi di AS juga telah memberikan impak kepada harga minyak oleh kerana ia memberi isyarat kepada penyusutan aktiviti ekonomi. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,286.16 se troy auns susulan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                  Acara

Sehari                    JPY                          Showa Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

16:10                     GBP                        BoE Gov Carney Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core PCE Price Index (YoY) (Feb) 1.8% 1.7%
20:30 USD – Core PCE Price Index (YoY) (Mar) 1.7%
20:30 USD – Personal Spending (MoM) (Feb) 0.1% 0.2%
20:30 USD – Personal Spending (MoM) (Mar) 0.7%
20:30 USD – Personal Income (MoM) (Mar) 0.2% 0.4%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 98.60, 100.15

Tahap sokongan: 97.65, 96.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2900. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3000, 1.3120

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2805

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 1.1155.

 

Tahap rintangan: 1.1155, 1.1200

Tahap sokongan: 1.1100, 1.1030

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 111.75. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.20

Tahap sokongan: 111.45, 111.00

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6990. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7070, 0.7145

Tahap sokongan: 0.6990, 0.6935

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap 0.6670. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6670, 0.6695

Tahap sokongan: 0.6630, 0.6580

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.3485. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3435.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

 

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.0220, 1.0265

Tahap sokongan: 1.0190, 1.0170

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah menjunam secara mendadak selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 63.15, 63.70

Tahap sokongan: 61.60, 59.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan kenaikannya sementara kini menguji di tahap rintangan 1285.80. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dengan lebih lanjut selepas ia memecahkan 1285.80.

 

Tahap rintangan: 1285.80, 1295.65

Tahap sokongan: 1275.30, 1267.00