9 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Permintaan bagi aset selamat makin meningkat.
Yen Jepun telah melanjutkan keuntungannya berbanding dengan dolar AS susulan dengan penghindaran risiko yang tinggi di dalam pasaran sementara para pelabur menunggu keputusan dari rundingan dua hari mengenai perdagangan diantara AS-China. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.17% ke 109.92. Para pelabur sedang menunggu keputusan dari rundingan dua hari di Washington yang bakal bermula pada hari ini bagi melihat sama ada China mampu memujuk AS dari meningkatkan kadar tarif yang sedia ada. Terdahulu, Presiden AS Donald Trump telah menuduh China yang menarik diri dari komitmen seawalnya sambil mengancam untuk meningkatkan kadar tarif sekiranya perjanjian perdagangan tidak tercapai di dalam minggu ini. Susulan dengan risiko yang makin meningkat di dalam pasaran, para pelabur telah mengalihkan portfolio ke dalam aset selamat seperti Yen Jepun. Sementara itu, pasangan AUD/USD merosot sebanyak 0.21% ke 0.6974 oleh kerana China adalah rakan dagangan utama bagi Australia. China yang kini bakal berunding dengan AS, para pelabur telah bergiat untuk menjual mata wang tersebut bagi mengelakkan impak domino sekiranya AS dan China gagal untuk mencapai persetujuan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.68% ke $61.53 setong. Komoditi minyak mentah menerima tekanan menurun yang ketara susulan dengan penghindaran risiko dari rundingan perdagangan diantara AS dan China. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,281.09 se troy auns akibat daripada dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20.30 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20.30 | USD – PPI | 0.6% | 0.2% | – |
| 20.30 | USD – Initial Jobless Claims | 230K | 215K | – |
| 20.30 | CAD – Trade Balance | -2.90B | -2.45B | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.40. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 97.40.
Tahap rintangan: 97.40, 97.60
Tahap sokongan: 97.05, 96.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3005. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2970.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.3090
Tahap sokongan: 1.3005, 1.2970

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1215. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1175.
Tahap rintangan: 1.1215, 1.1255
Tahap sokongan: 1.1175, 1.1125

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 110.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih tinggi ke arah 110.05.
Tahap rintangan: 110.05, 110.35
Tahap sokongan: 109.75, 109.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6995. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6960.
Tahap rintangan: 0.6995, 0.7025
Tahap sokongan: 0.6960, 0.6910

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6585. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 0.6545.
Tahap rintangan: 0.6585, 0.6630
Tahap sokongan: 0.6545, 0.6500

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3470. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3505.
Tahap rintangan: 1.3505, 1.3565
Tahap sokongan: 1.3470, 1.3440

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.0220.
Tahap rintangan: 1.0220, 1.0245
Tahap sokongan: 1.0180, 1.0155

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke tahap sokongan 60.50.
Tahap rintangan: 62.75, 64.50
Tahap sokongan: 60.50, 58.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas ia menutup niaga di bawah garisan tersebut.
Tahap rintangan: 1287.65, 1293.20
Tahap sokongan: 1278.45, 1272.60