13 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Inflasi AS merosot, kadar faedah bakal diturunkan?
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas susulan dengan data inflasi suram dari rantau tersebut yang telah meningkatkan jangkaan pemotongan kadar faedah. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.04% ke 97.06 pada awal sesi Asia. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, Core Consumer Price Indeks bagi bulan April telah meningkat sebanyak 0.1%, lebih rendah berbanding dengan jangkaan iaitu 0.2%. Penyusutan pada kadar inflasi telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur oleh kerana ia boleh memberikan alasan kepada Bank Pusat AS untuk memotong kadar faedah di dalam tahun ini. Selain itu, penampilan dolar telah merosot selepas data daripada Kanada memaparkan keputusan yang lebih baik daripada jangkaan. Bagi bulan April, kadar Employment Change telah mencatat sebanyak 106.5K, jauh lebih tinggi daripada ramalan iaitu 10.0K. Namun, pasangan USD/CAD masih mampu untuk mengehadkan kerugiannya berikutan dengan ketegangan perdagangan diantara AS-China yang makin meningkat. Pada pagi ini, pasangan USD/CAD merosot sebanyak 0.01% ke 1.3430.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.55% ke $61.37 setong. Niaga hadapan minyak mentah menerima tekanan bearish susulan dengan ketegangan perdagangan diantara AS-China yang menjejaskan sentimen pasaran terhadap perkembangan ekonomi global dan permintaan bagi komoditi ini. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.14% ke $1,287.78 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari HKD Penggantian – Buddha’s Birthday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.85. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.30, 97.65
Tahap sokongan: 96.85, 96.40

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3000. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 1.3040.
Tahap rintangan: 1.3040, 1.3080
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2975

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menyempit. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1250, 1.1300
Tahap sokongan: 1.1200, 1.1155

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 109.40.
Tahap rintangan: 110.10, 110.55
Tahap sokongan: 109.40, 108.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6970.
Tahap rintangan: 0.6990, 0.7035
Tahap sokongan: 0.6970, 0.6935

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6600. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.6570.
Tahap rintangan: 0.6600, 0.6630
Tahap sokongan: 0.6570, 0.6540

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3490.
Tahap rintangan: 1.3490, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.0110. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.0070.
Tahap rintangan: 1.0110, 1.0155
Tahap sokongan: 1.0070, 1.0040

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 60.85.
Tahap rintangan: 61.80, 63.00
Tahap sokongan: 60.85, 59.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1295.65, 1302.50
Tahap sokongan: 1285.80, 1275.30