10 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Pasaran FX suram di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.01% ke 97.12 semasa ditekan oleh penambahan tarif yang akan berkesan pada hari ini. Presiden AS Donald Trump telah mengancam untuk meningkatkan tarif dari 10% ke 25% ke atas $200 bilion barangan China sekiranya tiada perjanjian dicapai dalam rundingan berikutan dengan penuduhan China yang memungkir janji. Selain itu, dolar juga ditekan oleh data Producer Price Indeks (PPI) yang menyusut dari 0.6% ke 0.2% serta mengesahkan selanjutnya pendirian “menunggu dan melihat” Bank Pusat AS sementara para pelabur menunggu data CPI pada hari ini untuk memantau selanjutnya kadar inflasi AS. Untuk masa ini, para pelabur mencari perlindungan di dalam pasaran Yen Jepun yang selamat, menyebabkan pasangan USD/JPY untuk menjunam ke paras terendah dalam 3 bulan. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD kekal didagang secara rata di 1.3010 sementara para pelabur memberi fokus kepada perundingan Brexit antara Parti Konservatif PM May dan parti pembangkang yang dijangka untuk menghadapi kebuntuan. Para pelabur kini juga akan menumpukan perhatian mereka kepada data GDP UK pada hari ini untuk memantau selanjutnya penggerakan pasangan tersebut.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 1.17% ke $62.27 setong. Sentimen pasaran minyak terkini bercampuran di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan serta risiko geopolitik. Kebimbangan peningkatan tarif serta perang di Libya dan penghentian pembekalan di Rusia telah menyebabkan komoditi tersebut untuk didagang secara sisi. Di samping itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.05% ke $1284.45 se troy auns di tengah-tengah peningkatan permintaan terhadap aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q1) | 0.2% | 0.5% | – |
| 16:30 | GBP – GDP (MoM) | 0.2% | 0.0% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Mar) | 0.3% | – | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Apr) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Apr) | -7.2K | 10.0K | – |
| 01:00 (11hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 807 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 97.05. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.60, 98.00
Tahap sokongan: 97.05, 96.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3000. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3100.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3190
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2940

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1215. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1215, 1.1180

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 109.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 110.35.
Tahap rintangan: 110.35, 110.90
Tahap sokongan: 109.70, 108.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6995. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish serta permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6995, 0.7035
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6900

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6580. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6645.
Tahap rintangan: 0.6645, 0.6680
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6515

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3475. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3430.
Tahap rintangan: 1.3475, 1.3520
Tahap sokongan: 1.3430, 1.3390

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.0160. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0160, 1.0200
Tahap sokongan: 1.0115, 1.0080

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 61.75. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 62.85.
Tahap rintangan: 62.85, 64.55
Tahap sokongan: 61.75, 60.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1287.00. Namun, Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat daripada MACD, pemecahan dari tahap rintangan 1287.00 atau tahap sokongan 1278.10 adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1287.00, 1296.40
Tahap sokongan: 1279.10, 1269.40