83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Mei 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

Sterling merosot sementara Brexit tidak menentu.

Pound sterling telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan data ekonomi suram serta ketidaktentuan Brexit yang menyelubungi pasaran UK. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD memangkas kerugiannya sebanyak 0.05% ke 1.2910 sementara indeks dolar meningkat sebanyak 0.20% ke 97.28. Bagi bulan Mac, Average Hourly Earnings Index +Bonus memberi bacaan sebanyak 3.2%, tersasar daripada ramalan iaitu 3.4%. Selain itu, Claimant Count Change bagi bulan April memaparkan peningkatan pada jumlah pengangguran sebanyak 24.7K, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 24.2K. Kesemua data ini mencadangkan perbelanjaan pengguna dan kadar inflasi yang lebih lembap berikutan dengan pertumbuhan gaji yang lemah dan peningkatan pada pendaftaran insurans pengangguran. Selain itu, sentimen pasaran terhadap sterling adalah lebih suram selepas laporan terkini memaparkan bahawa PM UK Theresa May akan mengemukakan perjanjian Brexit beliau untuk diundi semula di dalam parlimen pada minggu 3hb Jun. Oleh kerana perjanjian tersebut tidak mengalami sebarang perubahan, para pelabur kini sedang menjangkakan bantahan dari ahli parlimen terutamanya ahli Parti Buruh yang menegaskan syarat mereka.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.05% ke $61.30 setong. Harga minyak menerima tekanan bearish selepas American Petroleum Institute melaporkan peningkatan pada stok minyak sebanyak 8.6 juta tong bagi minggu lepas. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,296.81 se troy auns berikutan dengan lantunan pada dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

16:00                     CrudeOIL                               IEA Monthly Report

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q1) 0.0% 0.4%
17:00 EUR – GDP (QoQ) (Q1) 0.4% 0.4%
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) 1.2% 0.7%
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Apr) 1.6% 0.2%
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Apr) 0.3%
21:15 USD – Industrial Production (MoM) (Apr) -0.1% 0.0%
21:15 USD – Business Inventories (MoM) (Mar) 0.3% 0.0%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -3.963M -0.800M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.30, 97.65

Tahap sokongan: 96.85, 96.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2900. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 1.2900.

 

Tahap rintangan: 1.2945, 1.2980

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2865

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1250, 1.1300

Tahap sokongan: 1.1200, 1.1155

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang secara tipis sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 109.40.

 

Tahap rintangan: 110.10, 111.00

Tahap sokongan: 109.40, 109.15

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6935. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selepas ia memecahkan sasaran di 0.6935.

 

Tahap rintangan: 0.6970, 0.6990

Tahap sokongan: 0.6935, 0.6885

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 0.6570. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.6540.

 

Tahap rintangan: 0.6570, 0.6600

Tahap sokongan: 0.6540, 0.6500

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3490. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.3490, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

 

USDCHF, H4: USDCHF telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia menutup di atas garisan 20-Ma (merah).

 

Tahap rintangan: 1.0110, 1.0155

Tahap sokongan: 1.0070, 1.0040

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 61.80. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 60.85.

 

Tahap rintangan: 61.80, 62.40

Tahap sokongan: 60.85, 60.35

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1302.50, 1311.40

Tahap sokongan: 1295.65, 1285.80