15 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Pasaran Asia ditekan, dolar kukuh.
Indeks dolar mengekalkan kedudukannya selepas ia menokok sebanyak 0.01% ke 97.28 di tengah-tengah ketidakpastian pasaran yang berterusan serta data yang negatif dari China. Ketegangan perang perdagangan terkini telah mengekalkan dolar di paras tinggi 97 berikutan dengan pembalasan tarif di antara sama-sama oleh AS dan China. Namun, Presiden AS Donald Trump telah menyatakan bahawa perjanjian perdagangan masih boleh dicapai pada masa yang sesuai sekiranya AS boleh mendapat manfaat dari perjanjian tersebut. Menurut kepada kenyataan Trump, sidang kemuncak G20 di Jepun merupakan tempoh yang sesuai untuk muktamadkan perjanjian dengan China. Untuk setakat ini, para pelabur akan kekal berwaspada sementara menunggu perkembangan lebih lanjut mengenai rundingan perdagangan bagi meramal sentimen pasaran. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menurun sebanyak 0.18% ke 0.6927 di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan dan juga data Industrial Production China yang suram. Oleh kerana Australia merupakan rakan perdagangan terbesar dengan China, mata wang Aussie ditekan oleh penyusutan tahap pengeluaran di China yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi kedua-dua buah negara. Selain itu, pemotongan kadar terkini oleh Bank Pusat Australia telah menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke dalam pasaran yang lebih beruntung seperti dolar.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.07% ke $61.30 setong di tengah-tengah penyusutan data Industrial Production China dari 8.5% ke 5.4% serta peningkatan dalam paras inventori. Penyusutan dalam tahap pengeluaran telah mengisyaratkan permintaan yang lebih rendah terhadap minyak dan menyebabkan para pelabur untuk menjual komoditi tersebut sementara menunggu data inventori dari EIA pada lewat hari ini. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.15% ke $1294.75 se troy auns akibat dengan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q1) | 0.4% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | 1.2% | 0.7% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Apr) | 1.6% | 0.2% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Apr) | 0.3% | – | – |
| 21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Apr) | -0.1% | 0.0% | – |
| 21:15 | USD – Business Inventories (MoM) (Mar) | 0.3% | 0.0% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.963M | -0.800M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.40.
Tahap rintangan: 97.40, 97.60
Tahap sokongan: 97.00, 96.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2925. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.2925 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2925, 1.2970
Tahap sokongan: 1.2880, 1.2840

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1215. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1175.
Tahap rintangan: 1.1215, 1.1245
Tahap sokongan: 1.1175, 1.1125

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 109.55. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 110.05.
Tahap rintangan: 110.05, 110.35
Tahap sokongan: 109.55, 109.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6960. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6915.
Tahap rintangan: 0.6960, 0.6995
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6865

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6585. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6545.
Tahap rintangan: 0.6585, 0.6630
Tahap sokongan: 0.6545, 0.6500

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3475. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3440.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3505
Tahap sokongan: 1.3440, 1.3415

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.0090. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0090, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0065, 1.0030

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 60.50. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 62.75.
Tahap rintangan: 62.75, 64.50
Tahap sokongan: 60.50, 58.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1302.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1293.20.
Tahap rintangan: 1302.40, 1308.90
Tahap sokongan: 1293.20, 1288.50