27 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Euro melantun selepas pro-EU mendapat majoriti.
Euro telah melanjutkan keuntungannya semasa pertengahan sesi Asia selepas keputusan terkini memaparkan bahawa parti pro-EU mendapat majoriti di dalam pilihanraya parlimen EU. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.10% ke 1.1214. Menurut kepada laporan terkini, parti pro-EU telah mendapat 2/3 kerusi di dalam parlimen EU dan ia telah melemahkan kuasa parti nasionalis dan anti-EU. Keputusan tersebut juga telah menjejaskan cadangan anti-imigresen dan anti-Brussels yang dikemukakan oleh Marine Le Pen semasa Perarakan Nasional pada minggu lepas. Oleh itu, sentimen pasaran terhadap zon EU telah memulih semula susulan dengan penyusutan risiko politik dan ekonomi dan ia telah mendorong kepada kenaikan mata wang Euro. Sebaliknya, indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.06% ke 97.37 semasa penulisan, Dolar AS menerima tekanan bearish susulan dengan kekhuatiran para pelabur terhadap ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang berkemungkinan untuk menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Namun, momentum pasaran pada hari Isnin dijangka untuk kekal tipis sementara pasaran di London dan New York ditutup sempena dengan cuti umum.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam lebih daripada 1% ke $58.27 setong. Niaga hadapan minyak mentah telah dijual secara besar-besaran susulan dengan kekhuatiran pasaran terhadap kemelesetan ekonomi akibat daripada ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.19% ke $1,287.32 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari USD Memorial Day
Sehari GBP Spring Bank Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.40. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks dolar untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah 97.70.
Tahap rintangan: 97.70, 98.00
Tahap sokongan: 97.40, 97.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan terdahulu di 1.2705. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2705.
Tahap rintangan: 1.2795, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2705, 1.2615

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1215. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1215, 1.1245
Tahap sokongan: 1.1175, 1.1145

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.25. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah 109.70.
Tahap rintangan: 109.70, 110.00
Tahap sokongan: 109.25, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6930. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6900.
Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6865

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6545. Namun, MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6545.
Tahap rintangan: 0.6570, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6545, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam saluran sisi sementara ia telah melantun dari paras bawahnya baru-baru ini. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3475.
Tahap rintangan: 1.3475, 1.3520
Tahap sokongan: 1.3415, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0005. MACD yang memaparkan bias bullish serta kemungkinan untuk membentuk silang emas mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan dan menuju ke arah 1.0050.
Tahap rintangan: 1.0050, 1.0080
Tahap sokongan: 1.0005, 0.9965

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari tahap rintangan 59.10. Namun, MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 59.10.
Tahap rintangan: 59.10, 60.10
Tahap sokongan: 57.95, 56.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1287.50. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1279.10.
Tahap rintangan: 1287.50, 1294.15
Tahap sokongan: 1279.10, 1272.80