83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Mei 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar Kanada menurun walaupun dengan penjualan runcit yang positif.

Dolar Kanada telah menjunam berbanding dengan dolar AS walaupun bacaan data Retail Sales adalah lebih baik daripada jangkaannya. Menurut kepada Statistics Kanada, Retails Sales bagi bulan Mac telah memberi bacaan sebanyak 1.7%, jauh lebih tinggi berbanding dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.9%. Namun, momentum bullish pada dolar Kanada adalah terhad susulan dengan sentimen pasaran yang suram susulan dengan penurunan harga minyak mentah selepas paras inventori minyak di AS menunjukkan peningkatan. Oleh kerana Kanada merupakan salah satu pengeksport minyak utama, penurunan pada harga minyak akan mendorong kepada penurunan harga mata wang Kanada. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada berita dan data dari rantau tersebut untuk memantau hala aliran pasangan USD/CAD. Pasangan USD/CAD telah meningkat sebanyak 0.14% ke 1.3445 sementara dolar indeks meningkat sebanyak 0.10% ke 97.95 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.42% ke $60.92 setong di tengah-tengah peningkatan inventori minyak dan juga kebimbangan pasaran. Menurut kepada Energy Information Association, inventori minyak telah meningkat sebanyak 4.7 juta ke 476.8 juta tong, mencecah paras tertinggi sejak Julai 2017 akibat dengan pengurangan permintaan terhadap minyak. Selain itu, peningkatan dalam inventori juga didorong oleh pelan pembekalan minyak daripada Strategic Petroluem Reserve (SPR) AS ke dalam pasaran komersial. Oleh demikian, peningkatan dalam paras inventori minyak telah memburukkan sentimen pasaran sementara para pelabur menunggu isyarat yang selanjutnya mengenai perang perdagangan untuk mendapat pengesahan selanjutnya. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.05% ke $1273.05 se troy auns di tengah-tengah peningkatan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

19:30                     EUR                       ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (May) 44.4 44.8
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index 99.2 99.2
20:30 USD – Initial Jobless Claims 212K 215K
22:00 USD – New Home Sales (Apr) 692K 675K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 97.95. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.95, 98.25

Tahap sokongan: 97.60, 97.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2690. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2615.

 

Tahap rintangan: 1.2690, 1.2785

Tahap sokongan: 1.2615, 1.2515

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1180. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1120.

 

Tahap rintangan: 1.1180, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1120, 1.1010

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 110.20. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah kembali ke arah tahap sokongan 110.20.

 

Tahap rintangan: 110.55, 110.95

Tahap sokongan: 110.20, 109.70

 

 


AUDUSD, H4:
AUDUSD telah didagang dengan rata di bawah garisan MA-20 (hijau). Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat daripada MACD, pemecahan dari tahap rintangan 0.6915 atau tahap sokongan 0.6860 adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.6915, 0.6970

Tahap sokongan: 0.6860, 0.6820

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6505. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6435.

 

Tahap rintangan: 0.6505, 0.6545

Tahap sokongan: 0.6435, 0.6395

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi selepas ia memecahkan pada tahap rintangan sebelumnya di 1.3435. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah paras tinggi saluran sisi di 1.3485.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3380

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.0085. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0130, 1.0190
Tahap sokongan: 1.0085, 1.0040

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 61.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 60.15.

 

Tahap rintangan: 61.80, 63.15

Tahap sokongan: 60.15, 58.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1275.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1266.35.

 

Tahap rintangan: 1275.40, 1282.30

Tahap sokongan: 1266.35, 1253.25