83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Jun 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

Perjanjian perdagangan bakal selesai?

Dolar AS telah melantun dari paras rendahnya susulan dengan perkembangan positif dari rundingan perdagangan diantara AS dan China. Para pelabur kini akan memantau sidang kemuncak G20 di Osaka bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.08% ke 95.77. Pada semalam, dolar AS menerima permintaan yang tinggi dari pasaran kewangan selepas Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin mengulas bahawa perjanjian perdagangan telah hampir selesai dengan kadar sebanyak 90%. Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bakal bertemu semasa sidang kemuncak G20 di Osaka pada hari esok yang boleh memberi isyarat mengenai keadaan rundingan perdagangan semasa. Selain itu, pasangan USD/CAD melanjutkan kerugiannya pada semalam berikutan dengan peningkatan harga minyak mentah. Komoditi tersebut menerima permintaan yang tinggi susulan dengan optimisme pasaran terhadap rundingan diantara AS dan China. Semasa penulisan, pasangan USD/CAD menokok sebanyak 0.03% ke paras 1.3129 semasa sesi dagangan Asia.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sedikit sebanyak 0.02% ke $58.98 setong. Secara keseluruhannya, para pelabur akan memberi tumpuan kepada sidang kemuncak G20 pada hari esok bagi mendapatkan isyarat mengenai rundingan diantara AS dan China. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.07% ke $1,408.16 se troy auns susulan dengan lantunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:00 EUR – German CPI (MoM) (Jun)) 0.2% 0.2%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q1) 3.1% 3.1%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (May) -1.5% 1.1%
07:30 (28hb) JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Jun) 1.1% 1.0%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 96.65. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 96.05.

 

Tahap rintangan: 96.05, 96.45

Tahap sokongan: 95.65, 95.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2670. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ie memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2750, 1.2810

Tahap sokongan: 1.2670, 1.2610

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1395. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1335.

 

Tahap rintangan: 1.1395, 1.1445

Tahap sokongan: 1.1335, 1.1280

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 108.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.15, 108.70

Tahap sokongan: 107.60, 107.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7000. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6965.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.7000

Tahap sokongan: 0.6930, 0.6900

 

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6680. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6640.

 

Tahap rintangan: 0.6680, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6640, 0.6600

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3160. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan yang terkini 1.1360.

 

Tahap rintangan: 1.3160, 1.3230

Tahap sokongan: 1.3080, 1.2970

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan0.9800. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9800, 0.9855

Tahap sokongan: 0.9750, 0.9700

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 59.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 57.95.

 

Tahap rintangan: 59.60, 61.05

Tahap sokongan: 57.95, 55.75

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1406.50. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1421.40, 1437.95

Tahap sokongan: 1406.50, 1386.35