28 Jun 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Euro mendatar sementara menunggu data inflasi.
Euro telah didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari zon ekonomi tersebut. Sentimen terhadap euro adalah masih lemah selepas para pelabur membuat spekulasi ke atas kelonggaran dasar kewangan dari Bank Pusat Eropah (ECB) sekiranya pertumbuhan ekonomi masih bearish. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada data inflasi yang bakal dilepaskan pada hari ini bagi mengesahkan sentimen tersebut. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.1370. Sementara itu, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.04% ke 1.2670 semasa sesi dagangan Asia. Pound sterling masih kekal didagang secara tidak berubah sementara risiko di UK masih berlegar seperti pemilihan Perdana Menteri yang seterusnya dan samada UK mampu mengelak dari berundur keluar dari zon EU tanpa sebarang perjanjian.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.30% ke $58.91 setong. Para pelabur mula untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset berisiko ke aset selamat berikutan dengan ketidaktentuan yang lebih tinggi dari keputusan G20 terutamanya rundingan diantara AS dan China. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.79% ke $1,420.95 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q1) | 0.5% | 0.5% | – |
| 17:00 | EUR -CPI (YoY) (Jun) | 1.2% | 1.2% | – |
| 20:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (May) | 0.2% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Personal Spending (MoM) (May) | 0.3% | 0.4% | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Apr) | 0.5% | 0.1% | – |
| 21:45 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Jun) | 97.9 | 98.0 | – |
| 01:00 (29hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 789 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 95.35.
Tahap rintangan: 95.80, 96.35
Tahap sokongan: 95.35, 94.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.6275. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2750, 1.2810
Tahap sokongan: 1.2670, 1.2610

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1335.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1335, 1.1280

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 107.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 108.15, 108.70
Tahap sokongan: 107.60, 107.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7000. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek kembali ke arah tahap sokongan yang terkini 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7035, 0.7065
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata selepas pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6680. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6680.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6680, 0.6640

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3080. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3160.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3230
Tahap sokongan: 1.3080, 1.2970

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9750. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9800, 0.9855
Tahap sokongan: 0.9750, 0.9700

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 59.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 57.95.
Tahap rintangan: 59.60, 61.05
Tahap sokongan: 57.95, 55.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1421.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1421.40, 1437.95
Tahap sokongan: 1406.50, 1386.35