1 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar menaik didorong oleh selera risiko pelabur.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.42% ke 96.02 semasa sesi dagangan awal Eropah berikutan dengan laporan mengenai penerusan perundingan perdagangan di antara AS dan China dan juga persetujuan mereka untuk menangguhkan kenaikan tarif. Perundingan yang menyambung semula telah meningkatkan sentimen pasaran sementara para pelabur menjual pelaburan aset selamat mereka dan memasuki ke dalam pasaran dolar. Di samping itu, kadar pulangan Bank Pusat AS yang masih tinggi sebanyak 2%, telah menyebabkan para pelabur untuk memasuki ke dalam dolar sebaliknya pasaran pound dan euro yang pasarannya masih dihantui oleh ketidakpastian. Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada data Nonfarm Payroll untuk memantau keadaan sektor pekerjaan dan data Average Hourly Earnings untuk memantau kuasa perbelanjaan pengguna dan juga status inflasi di AS. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menjunam sebanyak 0.38% ke 0.6992 semasa penulisan walaupun dengan sentimen positif mengenai perundingan perdagangan. Dolar Australia dijangka untuk mengalami penggerakan yang lebih ketara menjelang keputusan dan kenyataan kadar faedah oleh Bank Pusat Australia (RBA). RBA dijangka untuk memotong kadar sebanyak 25 mata asas ke 1.25% dari 1.00%, paras yang terendah bagi kadar faedah mereka.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 2.93% ke $59.87 setong berikutan dengan penyusutan ketegangan dalam perang perdagangan dan juga persetujuan di antara OPEC dan Rusia untuk melanjutkan pemotongan bekalan minyak sepanjang tahun 2019. Para pelabur akan menumpukan perhatian kepada perincian pelan pemotongan bekalan yang dijangka untuk dibincangkan semasa mesyuarat OPEC pada 1hb dan 2hb Julai. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 1.54% ke $1,387.65 se troy auns di tengah-tengah peningkatan selera risiko para pelabur yang menyebabkan mereka untuk menjual aset selamat dan memasuki ke dalam pasaran dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari CAD Canada Day
Sehari HKD SAR Region Establishment Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:00 CNY PBOC Gov Yi Speaks
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 45.4 | 45.4 | – |
| 15:55 | EUR – German Unemployment Change (Jun) | 60K | -3K | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jun) | 49.4 | 49.2 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Jun) | 52.1 | 51.0 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing Employment (Jun) | 53.7 | 52.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 95.80. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 96.35.
Tahap rintangan: 96.35, 96.90
Tahap sokongan: 95.80, 95.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara rata berdekatan tahap sokongan di 1.2675. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan tersebut adalah diperlukan bagi mendapat pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2750, 1.2810
Tahap sokongan: 1.2670, 1.2610

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1335. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1235

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 108.15. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 108.70.
Tahap rintangan: 108.70, 109.15
Tahap sokongan: 108.15, 107.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7000. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6965.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7035
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6930

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6720. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6675.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6640

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3080. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3160.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3230
Tahap sokongan: 1.3080, 1.2970

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9800. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9855.
Tahap rintangan: 0.9855, 0.9910
Tahap sokongan: 0.9800, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 59.60. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 61.05.
Tahap rintangan: 61.05, 62.90
Tahap sokongan: 59.60, 57.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1386.35. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1403.15, 1421.40
Tahap sokongan: 1386.35, 1370.00