26 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar meningkat, jangkaan pemotongan kadar agresif susut.
Dolar telah meningkat berbanding dengan enam pasangan mata wang utama di tengah-tengah penyusutan jangkaan pemotongan kadar secara agresif oleh Bank Pusat AS (Fed) menjelang pembebasan data ekonomi pada malam ini. Fed kini dijangka untuk memotong kadar mereka sebanyak 25 mata asas sahaja semasa mesyuarat dasar mereka pada minggu depan. Namun, para pelabur kini membuat spekulasi bahawa pemotongan tersebut adalah untuk sekali sahaja dan bukannya kitaran pelonggaran yang kritikal. Tambahan pula, data Durable Goods Order AS pada hari Khamis yang menunjukkan kenaikan dalam pesanan barangan modal telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap kelonggaran dasar kewangan secara global. Pasaran kini akan menumpukan perhatian kepada data GDP untuk memantau selanjutnya kekuatan ekonomi. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.03% ke 97.48 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.02% ke 1.2451 semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan mengenai perundingan UK untuk meninggalkan Eropah. Berikutan dengan kempen yang bertujuan untuk menyampaikan Brexit tidak kira apa jua keputusannya sebelum perayaan Halloween, Boris Johnson tidak membuang masa untuk mengumumkan kedudukan kabinet terbarunya. Walau bagaimanapun, para pelabur masih khuatir terhadap mesyuarat Brexit diantara UK dan EU yang kini ditahan sehingga Boris Johnson mencadangkan pelannya kepada pihak EU.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.10% ke $55.83 setong semasa penulisan berikutan dengan kemungkinan penyusutan pertumbuhan ekonomi yang selanjutnya. Menurut kepada pengundian Reuters yang terdiri daripada 500 ekonomis, prospek pertumbuhan bagi sebanyak 90% daripada 45 ekonomi telah diturunkan. Pengundian tersebut telah menambah tekanan menurun bagi komoditi tersebut. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.15% ke $1415.45 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q2) | 3.1% | 1.8% | – |
| 01:00
(27hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 779 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 97.55. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 97.00.
Tahap rintangan: 97.55, 98.20
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2490. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2425.
Tahap rintangan: 1.2490, 1.2555
Tahap sokongan: 1.2425, 1.2365

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan lantunan dari tahap sokongan 1.1120. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1185, 1.1245
Tahap sokongan: 1.1120, 1.1075

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 108.70. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 108.20.
Tahap rintangan: 108.70, 109.15
Tahap sokongan: 108.20, 107.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6965. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6930.
Tahap rintangan: 0.6965, 0.7000
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6900

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6675. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6635.
Tahap rintangan: 0.6675, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6635, 0.6580

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1.3160. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3240
Tahap sokongan: 1.3090, 1.3050

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.9905. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 0.9860.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 56.30. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan atau pengunduran dari tahap rintangan tersebut adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.
Tahap rintangan: 56.30, 57.95
Tahap sokongan: 54.60, 52.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1421.40. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1405.00.
Tahap rintangan: 1421.40, 1435.90
Tahap sokongan: 1405.00, 1386.35