83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

26 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Euro berayun selepas mesyuarat ECB.

Euro telah didagang dengan pergerakan yang lebih besar pada semalam selepas mesyuarat polisi dari Bank Pusat Eropah (ECB) yang telah memberikan isyarat dovish kepada pasaran. Seperti di dalam jangkaan, bank pusat tersebut telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.00%. Di dalam kenyataan yang dilepaskan, ECB memberi komen bahawa mereka perlu mengekalkan tetapan dasar yang lebih longgar dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika kadar inflasi tersasar daripada jangkaan. Namun, euro menerima tekanan bearish selepas Presiden ECB Mario Draghi mengulas bahawa jangkaan ekonomi makin bertambah buruk akibat daripada perang perdagangan dan kemungkinan Brexit keras dari UK. Beliau menambah bahawa kemungkinan untuk berlakunya lantunan ekonomi bagi separuh tahun kedua adalah lebih rendah namun risiko kemelesetan ekonomi masih tidak tinggi. Susulan dengan kenyataan beliau semasa sidang media, para pelabur membuat spekulasi bahawa ECB bakal memotong kadar dan melanjutkan program pembelian bon (QE) pada bulan September nanti. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.1145. Sementara itu, dolar AS meningkat sebanyak 0.06% ke 97.46 semasa sesi Asia. Dolar AS masih kekal disokong selepas Core Durable Goods Orders dan Initial Jobless Claims melebihi jangkaan ekonomis dengan 1.2% dan 206K masing-masing.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.02% ke $55.91 setong. Harga minyak masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat susulan dengan isyarat bercampuran di dalam pasaran seperti penyusutan pertumbuhan ekonomi global dan pemotongan pembekalan dari OPEC. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.11% ke $1,415.76 se troy auns akibat daripada penghindaran risiko yang lebih tinggi dari pasaran euro selepas mesyuarat ECB.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 3.1% 1.8%
01:00

(27hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 779

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.50. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di 97.50.

 

Tahap rintangan: 97.50, 97.90

Tahap sokongan: 97.25, 97.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2450. MACD yang membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2450.

 

Tahap rintangan: 1.2500, 1.2535

Tahap sokongan: 1.2450, 1.2400

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1150. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1150, 1.1200

Tahap sokongan: 1.1110, 1.1060

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 108.70. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 108.70.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.20

Tahap sokongan: 108.50, 108.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6900.

 

Tahap rintangan: 0.6960, 0.7000

Tahap sokongan: 0.6900, 0.6825

 


NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6655.

 

Tahap rintangan: 0.6710, 0.6735

Tahap sokongan: 0.6655, 0.6590

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3125. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3190.

 

Tahap rintangan: 1.3190, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3140, 1.3125

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.9970.

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010

Tahap sokongan: 0.9890, 0.9835

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat diantara 57.25 dan 55.70. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 55.70.

 

Tahap rintangan: 56.40, 57.25

Tahap sokongan: 55.70, 55.00

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1402.00.

 

Tahap rintangan: 1421.40, 1432.00

Tahap sokongan: 1402.00, 1386.25