8 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Trump mengkritik Fed.
Dolar AS telah didagang secara berayun berbanding dengan mata wang utama yang lain pada semalam berikutan dengan kritikan Presiden AS Donald Trump terhadap Bank Pusat AS (Fed). Menurut kepada komen di laman Twitter rasmi Trumo, beliau menegaskan bahawa Fed seharusnya melaksanakan pemotongan kadar yang lebih drastik dan menghentikan sebarang inisiatif untuk mengetatkan dasar. Komen beliau telah meningkatkan kekhuatiran ke atas kebebasan Fed sambil meningkatkan spekulasi di mana pemotongan kadar berkemungkinan untuk dilaksanakan dengan lebih kerap. Susulan dengan komen Trump, para pelabur kini menjangkakan kemungkinan setinggi 47.9% untuk berlakunya pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas semasa mesyuarat Fed pada bulan September. Selain itu, ketegangan perdagangan diantara AS dan China masih memberi tekanan kepada dolar selepas para pelabur memasuki ke dalam pasaran selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc. Ketegangan terkini diantara dua ekonomi terbesar di dunia boleh berlanjutan dan menjejaskan perkembangan ekonomi global. Dengan kelemahan yang dipaparkan oleh data ekonomi AS baru-baru ini, para pelabur tidak melaksanakan pesanan perdagangan yang lebih besar sambil menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran. Sementara itu, dolar New Zealand gagal untuk meneruskan kenaikannya dari kerugian yang mendalam pada semalam. Para pelabur masih memberikan sentimen bearish selepas Gabenor Bank Pusat New Zealand Adrian Orr memberi isyarat bahawa kadar faedah negatif boleh berlaku sekiranya keadaan semasa makin merosot. Semasa penulisan, indeks dolar mendatar di 97.39 sementara NZD/USD menokok sebanyak 0.01% ke 0.6456.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.34% ke $52.41 setong. Pada semalam, niaga hadapan minyak telah menerima tekanan menurun yang ketara selepas Energy Information Administration melaporkan peningkatan pada stok minyak AS sebanyak 2.39 juta tong, tersasar daripada ramalan untuk menurun sebanyak 2.85 juta tong. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.30% ke $1,496.91 se troy auns akibat daripada pembetulan teknikal selepas harganya meningkat lebih daripada 1% dan mencecah paras tinggi baru di atas tahap psikologi iaitu $1,500.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 215K | 215K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.40, 97.80
Tahap sokongan: 96.95, 96.30

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam formasi segi tiga menyempit. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2160, 1.2190
Tahap sokongan: 1.2135, 1.2090

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam formasi segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1220, 1.1265
Tahap sokongan: 1.1170, 1.1115

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 106.50, 107.25
Tahap sokongan: 105.60, 104.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6925
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6675

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 0.6485. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 0.6400.
Tahap rintangan: 0.6485, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6400, 0.6260

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3355
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3255

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.9790.
Tahap rintangan: 0.9790, 0.9820
Tahap sokongan: 0.9745, 0.9700

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 53.00.
Tahap rintangan: 53.00, 54.45
Tahap sokongan: 51.60, 50.55

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan dan menuju ke arah 1515.00.
Tahap rintangan: 1515.00, 1535.35
Tahap sokongan: 1500.00, 1483.50