83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Ogos 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar merosot walaupun NFP di dalam jangkaan.

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya walaupun data pekerjaan baru-baru ini memaparkan bacaan di dalam jangkaan. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, Nonfarm Payrolls bagi bulan Julai memberi bacaan di dalam jangkaan ekonomis sebanyak 164,000. Selain itu, Average Hourly Earnings meningkat sebanyak 0.1% ke 0.3% bagi bulan lalu sementara kadar pengangguran kekal stabil di 3.7%, paras yang terendah di dalam tempoh 50 tahun. Namun, dolar AS gagal untuk menerima sokongan bullish selepas data NFP memaparkan trend penyusutan dari segi pengambilan pekerjaan. Selain itu, data tersebut juga gagal untuk menurunkan spekulasi para pelabur terhadap pemotongan kadar faedah yang kini mempunyai kemungkinan sebanyak 98.5% bagi bulan depan. Tambahan pula, permintaan bagi aset berisiko di dalam pasaran adalah masih rendah susulan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China selepas Washington mengumumkan untuk mengenakan tarif sebanyak 10% mulai 1hb September. Susulan dengan pengumuman tersebut, para pelabur telah mengalihkan portfolio mereka dari aset berisiko ke dalam pasaran selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc. Buat setakat ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas perkembangan ekonomi di AS serta ketegangan perdagangan bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut. Semasa sesi Asia, indeks dolar susut sebanyak 0.01% ke 97.80.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.27% ke $55.27 setong. Namun, kenaikan pada harganya adalah terhad selepas tindakan AS untuk mengenakan China dengan tarif tambahan boleh melemahkan permintaan minyak global kelak. Tindakan tersebut juga boleh mendorong China untuk membeli minyak dari Iran sebagai tindak balas dan ia bakal menurunkan harga minyak dunia akibat daripada peningkatan ketegangan. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.27% ke 41,436.97 se troy auns berikutan dengan penyusutan risiko dan peralihan ke aset berisiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                  Acara

Sehari                    CAD                        Civic Holiday

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                  Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – Composite PMI (Jul) 49.7 49.8
16:30 GBP – Services PMI (Jul) 50.2 50.4
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) 55.1 55.5

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan didagang dengan lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 97.80, 99.00

Tahap sokongan: 96.95, 96.00

 

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.2150.

 

Tahap rintangan: 1.2150, 1.2245

Tahap sokongan: 1.2080, 1.1985

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.1110. MACD yang mula untuk membentuk isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1110, 1.1155

Tahap sokongan: 1.1070, 1.1010

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 106.50. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 106.50.

 

Tahap rintangan: 108.80, 111.10

Tahap sokongan: 106.50, 104.85

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 0.6830. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6830, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6875, 0.6540

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 0.6520. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6520.

 

Tahap rintangan: 0.6550, 0.6590

Tahap sokongan: 0.6520, 0.6480

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3255

Tahap sokongan: 1.3190, 1.3140

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9835. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9805.

 

Tahap rintangan: 0.9835, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9805, 0.9775

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 55.70, 56.40

Tahap sokongan: 55.00, 53.75

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1446.00.

 

Tahap rintangan: 1446.00, 1456.50

Tahap sokongan: 1431.00, 1413.40