9 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menunggu data PPI.
Dolar AS masih kekal didagang di dalam saluran sisi sementara para pelabur menunggu pembebasan data Producer Price Index (PPI) pada malam ini. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.03% ke 97.42 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Kebanyakan para pelabur mengelak dari memasuki pasaran dengan pesanan yang besar sementara mereka memantau keadaan ekonomi AS bagi meramal tahap pemotongan kadar faedah yang seterusnya. Walaupun data ekonomi untuk tempoh kebelakangkan ini adalah agak bercampuran, kritikan Presiden AS Donald Trump terhadap Bank Pusat AS (Fed) telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur ke atas keperibadian badan tersebut. Mereka juga khuatir bahawa Fed akan memotong kadar faedah setinggi 50 mata asas pada bulan depan. Selain itu, dolar AS tidak memberi reaksi yang besar terhadap data ekonomi terkini selepas Initial Jobless Claims memberi bacaan hanya 209,000 individual, lebih rendah daripada jangkaan iaitu 215,000 individual. Di rantau yang lain, pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.27% ke 105.78. Permintaan bagi aset selamat seperti Yen Jepun adalah masih kukuh berikutan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Baru-baru ini, beberapa bank pusat di seluruh dunia seperti New Zealand, India dan Thailand telah mengurangkan kadar faedah bagi menyokong ekonomi serantau yang berkemungkinan terjejas akibat daripada ketegangan diantara AS dan China. Justeru, kebanyakan para pelabur memasuki ke dalam pasaran aset selamat bagi melindungi kapital dari kerugian yang ketara.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.47% ke $52.64 setong. Dengan sentimen pasaran diberikan fokus ke atas kemungkinan kelembapan ekonomi global, kebanyakan para pelabur telah memansuhkan pesanan bullish ke atas niaga hadapan minyak dan memasuki ke dalam aset selamat. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.19% ke $1,504.05 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko yang lebih tinggi di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q2) | 0.5% | 0.0% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun) | 1.4% | -0.1% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Jul) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jul) | -2.2K | 12.5K | – |
| 01:00
(10hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 770 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 97.40, 97.80
Tahap sokongan: 96.95, 96.30

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam formasi saluran menurun. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2160, 1.2190
Tahap sokongan: 1.2135, 1.2090

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam formasi segi tiga menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.1170.
Tahap rintangan: 1.1220, 1.1265
Tahap sokongan: 1.1170, 1.1115

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 106.50, 107.25
Tahap sokongan: 105.60, 104.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6830.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6925
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6675

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 0.6485. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6485.
Tahap rintangan: 0.6485, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6400, 0.6260

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3190

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.9745. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9700.
Tahap rintangan: 0.9745, 0.9790
Tahap sokongan: 0.9700, 0.9650

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 53.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 53.00.
Tahap rintangan: 53.00, 54.45
Tahap sokongan: 51.60, 50.55

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1515.00, 1535.35
Tahap sokongan: 1500.00, 1483.50