15 Oktober 2019 Analisis Sesi Pagi
Greenback jatuh susulan dengan resolusi perdagangan pesimis.
Indeks dolar mencatat kerugian selepas China meminta lebih banyak perbincangan sebelum menandatangani perjanjian “fasa pertama”. Pada Jumaat yang lepas, perbincangan perdagangan antara A.S. dan China berjalan dengan lancar dan mereka telah bersetuju beberapa syarat perdagangan, menurut Reuters. Tambahan pula, Presiden Donald Trump juga menegaskan bahawa dia dan Xi Jinping dari China boleh menandatangani perjanjian “fasa pertama” pada bulan depan di Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. Namun, menurut daripada berita pada hari Isnin, China mendakwa bahawa mereka mahu mengadakan lebih banyak perbincangan pada bulan ini untuk meneliti butir-butir perjanjian “fasa pertama” yang dikemukakan oleh Donald Trump sebelum Xi Jinping bersetuju untuk menandatanganinya. Di samping itu, China meminta Donald Trump untuk membatalkan kenaikan tarif yang dirancang, syarat yang pentadbirannya A.S belum disahkan. Sentimen negatif tersebut telah menimbulkan keraguan para pelabur terhadap resolusi perang perdagangan, yang selanjutnya memberi tekanan bearish ke atas dolar A.S. Pada masa kini, para pelabur akan memantau berita terkini yang berkaitan dengan perang perdagangan untuk menjangkakan pergerakan pasangan tersebut. Sebaliknya, Paun Sterling telah menyusut susulan dengan kenaikan risiko geopolitik di UK yang berikutan dengan isu Brexit. Harapan untuk “soft-Brexit” sebelum 31st Oktober telah susut selepas pemimpin EU memberitahu Boris Johnson bahawa mustahil untuk menyelesaikan masalah-masalah perjanjian Brexit sebelum minggu ini, yang selanjutnya memusnahkan harapan Boris Johnson untuk mencapai perjanjian dengan parlimen pada hari Sabtu. Semasa penulisan, Dolar indeks mencatat keuntungannya sebanyak 0.14% ke 98.16 manakala GBP/USD meningkat sebanyak 0.06% ke 1.2613.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut susulan dengan prospek pesimisme terhadap rundingan perdagangan antara A.S dan China. Sebaliknya, harga emas mencatat keuntungannya susulan dengan dolar yang lemah pada semalam. Semasa penulisan, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.21% ke $53.55 se tong dan harga emas menyusut sebanyak 0.09% ke $1491.71 se troy auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Aug) | 4.0% | 4.0% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Sep) | 28.2K | 26.5K | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Sep) | -22.5 | -27.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 97.95. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 98.20, 98.30
Tahap sokongan: 97.95, 97.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara mendatar sementara menguji di tahap sokongan 1.2600. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2670, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2600, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1070, 1.1105
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0960

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 108.45. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 108.45, 108.75
Tahap sokongan: 108.10, 107.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6745. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6705

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6285. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6310, 0.6340
Tahap sokongan: 0.6285, 0.6250

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3190

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan 0.9970. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0010, 1.0065
Tahap sokongan: 0.9970, 0.9925

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 53.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 53.00.
Tahap rintangan: 54.45, 55.55
Tahap sokongan: 53.00, 51.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1511.00, 1532.40
Tahap sokongan: 1484.05, 1460.00