14 Oktober 2019 Analisis Sesi Pagi
Kemungkinan Brexit lembut makin meningkat.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lepas sementara para pelabur mencerna berita mengenai perang perdagangan dan Brexit. Pada minggu lepas, Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa mereka telah berjaya untuk mencapai perjanjian fasa pertama bersama China dan ini telah meningkatkan permintaan bagi aset berisiko di dalam pasaran. Namun, ia masih tidak tentu samada AS akan mengenakan tarif tambahan ke atas China oleh kerana Trump masih belum menentukan keputusannya terhadap inisiatif tersebut. Walaubagaimanapun, dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas Michigan Consumer Sentiment meningkat dari 93.2 ke 96.0 bagi bulan Oktober, paras yang tertinggi di dalam tempoh 3 bulan. Rakyat Amerika memaparkan optimisme yang lebih tinggi terhadap ekonomi mereka susulan dengan penyusutan risiko perang perdagangan dan kemungkinan yang lebih rendah ke atas pemecatan Presiden Trump. Sementara itu, pound sterling melonjak pada hari Jumaat lalu selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan bahawa mereka bakal mencapai konsensus mengenai perjanjian Brexit bersama EU. Selain itu, sterling menerima sokongan menaik yang lebih lanjut selepas EU27 meluluskan rundingan semula bersama UK sebelum sidang kemuncak EU di dalam minggu ini bagi mengelak dari senario Brexit keras pada tarikh akhir 31hb Oktober. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.05% ke 97.99 sementara GBP/USD susut sedikit sebanyak 0.02% ke 1.2639.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.16% ke $54.73 setong. Niaga hadapan minyak menerima permintaan yang tinggi selepas 300 kapal tangki telah dihalang dari menghantar ke Iran dan Venezuela akibat daripada sekatan AS dan ini telah mendorong peningkatan kos penghantaran global. Kos penghantaran yang tinggi boleh melambatkan penghantaran dan ia bakal meningkatkan permintaan bagi komoditi ini susulan dengan pembekalan yang lebih rendah. Selain itu, harga emas menjunam sebanyak 0.34% ke $1,483.72 se troy auns berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi terhadap aset berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CAD Canada – Thanksgiving Day
All Day JPY Japan – Health-Sports Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 98.20, 98.30
Tahap sokongan: 97.95, 97.75

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2670, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2600, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1070, 1.1105
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0960

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 108.45. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan di tahap 108.45.
Tahap rintangan: 108.45, 108.75
Tahap sokongan: 108.10, 107.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6800. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6705

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6340. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6340, 0.6365
Tahap sokongan: 0.6310, 0.6285

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3190. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3145

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.9970. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.0010.
Tahap rintangan: 1.0010, 1.0065
Tahap sokongan: 0.9970, 0.9925

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat bagi jangka pertengahan.
Tahap rintangan: 55.55, 56.70
Tahap sokongan: 54.45, 53.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1484.05. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia ditutup di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1511.00, 1532.40
Tahap sokongan: 1484.05, 1460.00