19 April 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat berikutan dengan data ekonomi positif.
Indeks dolar berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melonjak selepas pembebasan data ekonomi yang positif pada hari Khamis. Menurut kepada Commerce Department, penjualan runcit di AS telah meningkat ke 1.6%, melebihi jangkaannya sebanyak 0.9%. Selain itu, Department of Labor AS juga melaporkan tuntutan insurans pengangguran telah menurun sebanyak 13,000 ke 192 ribu, lebih baik daripada ramalan ekonomis sebanyak 205 ribu. Walaupun indeks pembuatan telah menyusut, namun data positif yang lain telah menunjukkan peningkatan kekuatan ekonomi AS yang telah memulihkan keyakinan para pelabur terhadap dolar. Pada masa yang sama, penjualan runcit di Kanada juga memberi bacaan yang positif. Menurut kepada Statistic Kanada, penjualan runcit bagi bulan Februari telah meningkat ke 0.8% serta mencecah ramalan ekonomis sebanyak 0.4%. Data tersebut telah memaparkan perkembangan keadaan ekonomi di Kanada. Namun, keadaan di AS yang lebih selamat telah memberi tekanan yang lebih ketara terhadap mata wang Kanada. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.07% ke 97.07 sementara pasangan USD/CAD menyusut sebanyak 0.06% ke 1.3375 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menokok sebanyak 0.03% ke $63.96 setong semasa penulisan berikutan dengan pengurangan bilangan pelantar minyak di AS bagi minggu lepas. Menurut kepada laporan Baker Hughes, bilangan pelantar minyak telah dikurangkan sebanyak 8 bilangan ke 825. Data tersebut telah meningkatkan keyakinan terhadap pengehadan dalam pembekalan minyak. Tambahan pula, pemotongan bekalan OPEC serta sekatan terhadap minyak Venezuela dan Iran telah memberi sokongan tambahan kepada harga minyak. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.06% ke $1275.43 se troy auns semasa penulisan semasa kelemahan ekonomi global telah meningkatkan permintaan terhadap emas yang selamat walaupun dengan peningkatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Building Permits | 1.291M | 1.300M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.60.
Tahap rintangan: 97.60, 98.05
Tahap sokongan: 97.00, 96.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari paras rendah saluran sisi di 1.3010. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2935.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2935, 1.2850

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.1230. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320
Tahap sokongan: 1.1230, 1.1180

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 112.00. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 112.00, 112.40
Tahap sokongan: 111.45, 110.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya dan garisan trend menaik. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7130.
Tahap rintangan: 0.7155, 0.7180
Tahap sokongan: 0.7130, 0.7095

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 0.6705. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.6705.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6745
Tahap sokongan: 0.6640, 0.6600

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3400. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3355.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3440
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3295

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0160. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.0115.
Tahap rintangan: 1.0160, 1.0225
Tahap sokongan: 1.0115, 1.0070

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 63.70. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah paras tinggi saluran sisi di 64.65.
Tahap rintangan: 64.65, 66.00
Tahap sokongan: 63.70, 62.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan berdekatan tahap sokongan di 1274.10. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas dan ‘positif divergence’ mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1283.80.
Tahap rintangan: 1283.80, 1295.65
Tahap sokongan: 1274.10, 1268.00