27 Ogos 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Aset selamat masih disokong susulan ketidaktentuan.
Aset selamat masih menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran susulan dengan keraguan pasaran terhadap rundingan perdagangan diantara AS dan China. Walaupun Washington dan Beijing memaparkan keinginan mereka untuk menyelesaikan masalah perdagangan, para pelabur masih kekal berhati-hati oleh kerana rundingan tersebut tidak mempunyai resolusi yang kukuh untuk mencapai konsensus. Ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang telah berlanjutan lebih daripada setahun telah memaparkan impaknya ke atas pertumbuhan ekonomi global. Risiko yang makin meningkat ke atas pertumbuhan ekonomi boleh mendorong bank pusat utama di seluruh dunia untuk melonggarkan dasar kewangan masing-masing. Justeru, ini telah meningkatkan penampilan aset selamat apabila dibandingkan dengan aset yang lain. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.26% ke 105.86. Sebaliknya, pound sterling telah didagang dengan lebih rendah pada semalam berikutan dengan kekurangan perkembangan mengenai Brexit. PM UK Boris Johnson mengulas pada hari Isnin bahawa mereka akan bertemu dengan EU bagi membincang mengenai isu Brexit sebelum tarikh akhir 31hb Oktober. Namun, beliau menegaskan bahawa UK perlu berundur keluar dari EU pada tarikh akhir tersebut tidak kira apa jua keputusannya. Ini telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur bahawa UK bakal berundur keluar tanpa sebarang perjanjian yang kukuh. Pasangan GBP/USD didagang secara mendatar di 1.2212.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.33% ke $54.01 setong. Niaga hadapan minyak mentah masih menerima permintaan yang tinggi selepas Presiden AS Donald Trump memberi isyarat untuk mencapai perjanjian perdagangan bersama China. Ini telah menurunkan sentimen bearish di dalam kalangan para pelabur selepas China mengumumkan tarif yang baru ke atas AS. Bagi komoditi emas, harganya meningkat sebanyak 0.10% ke $1,529.03 se troy auns berikutan dengan risiko yang masih berlegar di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Aug) | 135.7 | 129.5 | – |
| 04:30 (28hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -3.500M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 97.90. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 97.90, 98.50
Tahap sokongan: 97.10, 96.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2245. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2095.
Tahap rintangan: 1.2245, 1.2390
Tahap sokongan: 1.2095, 1.2015

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1100. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1170, 1.1245
Tahap sokongan: 1.1100, 1.1020

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 105.55. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 106.30, 106.95
Tahap sokongan: 105.55, 104.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6750.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6375. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6430, 0.6505
Tahap sokongan: 0.6375, 0.6320

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3230. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3290, 1.3380
Tahap sokongan: 1.3230, 1.3145

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9800. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9800, 0.9840
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9705

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 55.55.
Tahap rintangan: 55.55, 57.45
Tahap sokongan: 53.05, 50.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1535.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1515.55.
Tahap rintangan: 1535.00, 1555.75
Tahap sokongan: 1515.55, 1495.60