21 November 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar menaik susulan dengan pembebasan Minit Mesyuarat Fed.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama meningkat sedikit selepas pembukaan pasaran ke paras bawah susulan dengan pembebasan minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) Oktober awal hari ini. Menurut kepada minit mesyuarat tersebut, lembaga Fed menyebut bahawa mereka hanya melihat sedikit keperluan untuk mengubah dasar monetari semasa selepas pemotongan kadar bulan lepas daripada 1.00% ke 0.75% dan ia adalah mencukupi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kadar inflasi ke sasaran mereka iaitu 2%. Sekiranya prospek ekonomi tidak mempunyai sebarang perubahan yang ketara, maka tetapan dasar mungkin tidak akan berubah untuk tempoh yang panjang, kata Fed. Walau bagaimanapun, perkembangan perang perdagangan antara AS dan China juga akan terus diberi tumpuan oleh ahli-ahli Fed dari semasa ke semasa kerana sebarang perubahan berlaku akan menyebabkan kesan besar ke atas AS dan juga ekonomi global. Walau bagaimanapun, kerugian dolar juga telah dihadkan berikutan wakil dari kedua-dua negara menyatakan bahawa mereka kekal optimistik terhadap kesepakatan perdagangan fasa 1 sementara perundingan berterusan. Semasa penulisan, indeks dolar menurun 97.85. Sebaliknya, pasangan USD/CAD yang jatuh sebanyak 0.01% ke 1.3305 di tengah-tengah data Core CPI menunjukkan bacaan sebanyak 0.4%, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya pada 0.0%. Data ini menunjukkan bahawa tingkah laku pembelian pengguna Kanada telah mengukuh dan tekanan inflasi semakin dekat dengan sasarannya.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh 0.30% kepada $56.90 setong selepas meningkat lebih daripada $25 pada hari ini di tengah-tengah data inventori minyak mentah AS menunjukkan sedikit meningkat berbanding dengan ramalan ekonomi dan keyakinan pasaran terhadap penyelesaian perdagangan berkemungkinan akan meningkatkan prospek permintaan minyak mentah masa depan. Selain itu, harga emas menaik 0.09% ke $1472.20 satu troy auns oleh kerana penurunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP BoE MPC Treasury Committee Hearings
20.30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21.40 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Actual |
| 21.30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) | 5.6 | 7.0 | – |
| 23.00 | USD – Existing Home Sales | 5.38M | 5.47M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.85, 97.95
Tahap sokongan: 97.70, 97.55

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2965. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2965, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2600

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1080. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1080, 1.1165
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0955

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan 108.40. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.65.
Tahap rintangan: 108.65, 108.90
Tahap sokongan: 108.40, 108.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6790. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6815, 0.6835
Tahap sokongan: 0.6790, 0.6770

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6410. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6390.
Tahap rintangan: 0.6410, 0.6435
Tahap sokongan: 0.6390, 0.6365

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3265. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3335.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3375
Tahap sokongan: 1.3265, 1.3210.

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9900. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi untuk pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9945, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9900, 0.9850

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan 57.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 57.25, 57.90
Tahap sokongan: 56.40, 55.75

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1447.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1489.00.
Tahap rintangan: 1489.00, 1515.00
Tahap sokongan: 1447.00, 1413.10