83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

01 Mac 2018                        Analisis Harian

 

Dolar AS masih kukuh walaupun data ekonomi kurang memuaskan.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih kukuh berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia mencatat keuntungan sebanyak 0.18% ke paras 90.61 semasa penulisan. Walaupun data ekonomi yang telah dilepaskan pada semalam adalah berunsur pesimis, dolar masih mampu untuk mengehadkan kerugiannya selepas sentimen para pelabur bertukar optimistik berlatarbelakangkan pandangan Bank Pusat AS (Fed) terhadap kenaikan kadar faedah yang bersifat agresif. Semalaman, pertumbuhan ekonomi tahunan (GDP) di AS telah susut sedikit sebanyak 0.1% ke 2.5% bagi suku keempat. Sementara itu, barometer perniagaan Chicago menurun dari paras 65.7 ke 62.9 untuk bulan ini sementara Pending Home Sales memberi bacaan pengecutan sebanyak -4.7%, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 0.4%. Pada pukul 11 malam (waktu Malaysia), Pengerusi Fed Jerome Powell akan menghadiri bahagian kedua testimoni yang mempunyai sesi soal jawab. Sebarang isyarat penting yang diberikan semasa sesi tersebut boleh mencetuskan momentum yang lebih besar di dalam pasaran. Sebaliknya, pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.68% ke 106.61 selepas Bank Pusat Jepun mengurangkan pembelian bon 25-40 tahun sebanyak 10 bilion Yen pada semalam.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 11 cents ke $61.53 setong susulan dengan peningkatan pada inventori minyak mentah AS sebanyak 3 juta tong, tersasar daripada ramalan untuk meningkat hanya 2.1 juta tong. Sementara itu, harga emas mencatat kerugian sebanyak 0.05% ke $1,315.90 se troy auns selepas para pelabur memberikan sentimen optimistik kepada Fed yang bakal memeluk pendekatan yang agresif ke atas dasar kewangannya di dalam tahun ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:00                     USD                       Fed Chair Powell Testifies

00:00                     USD                       FOMC Member Dudley Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:30 AUD – Private New Capital Expenditure (QoQ) (Q4) 1.0% 1.1% -0.2%
09:45 CNY – Caixin Manufacturing PMI (Feb) 51.5 51.3
15:00 GBP – Nationwide HPI (MoM) (Feb) 0.6% 0.2%
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Feb) 60.3 60.3
17:00 EUR – Manufacturing PMI (Feb) 58.5 58.5
17:30 GBP – Manufacturing PMI (Feb) 55.3 55.1
21:30 USD – Core PCE Price Index (YoY) (Jan) 1.5% 1.5%
21:30 USD – Core PCE Price Index (MoM) (Jan) 0.2% 0.3%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 222K 226K
21:30 USD – Personal Income (MoM) (Jan) 0.4% 0.2%
21:30 USD – Personal Spending (MoM) (Jan) 0.4% 0.2%
23:00 USD – ISM Manufacturing Employment (Feb) 54.2 57.0

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.3805. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1.3665.

 

Tahap rintangan: 1.3805, 1.3915

Tahap sokongan: 1.3665, 1.3455

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.2215. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan yang seterusnya di 1.2165.

 

Tahap rintangan: 1.2215, 1.2310

Tahap sokongan: 1.2165, 1.2045

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 106.50. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias bearish.

 

Tahap rintangan: 107.40, 108.50

Tahap sokongan: 106.50, 105.60

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 61.80. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan bias menurun ke tahap sokongan yang seterusnya di 60.20.

 

Tahap rintangan: 61.80, 63.20

Tahap sokongan: 60.20, 58.60

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1317.90. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1305.85.

 

Tahap rintangan: 1317.90, 1327.10

Tahap sokongan: 1305.85, 1294.15