1 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar berkukuh akibat data yang baik, Yen ditekan oleh selera risiko pasaran.
Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan momentum bullishnya sebelum pembukaan pasaran Eropah di tengah-tengah data GBP yang baik. Sepanjang minggu ini, aset selamat Yen Jepun telah kukuh berbanding dengan dolar sewaktu sentimen pasaran diburukkan oleh sidang kemuncak menyah-nuklear di antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang gagal untuk mencapai kata sepakat. Selain itu, ketegangan politik yang tercetus diantara India dan Pakistan telah melanjutkan sentimen penghindaran risiko dan menyebabkan pelabur untuk meninggalkan pasaran dolar dan memasuki ke dalam Yen yang selamat. Namun, sentimen pasaran telah bertambah baik selepas Pengerusi Fed Jerome Powell memberikan komen yang positif mengenai ekonomi AS dan data GDP dan Chicago PMI pada hari semalam turut menggalakkan selera risiko para pelabur sementara mereka mengalihkan portfolio mereka kembali ke dalam pasaran dolar. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.10% ke 96.10, manakala pasangan USD/JPY telah melonjak sebanyak 0.27% ke 111.66, paras tertinggi dalam tempoh 10 minggu semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.25% ke $57.40 setong di tengah-tengah data Caixin Manufacturing PMI yang kukuh. Data pembuatan China yang lemah sebelumnya telah memburukkan sentimen pasaran minyak serta menunjukkan isyarat pengurangan permintaan terhadap minyak. Namun, data Caixin pada hari ini telah menggalakkan semula keyakinan pelabur terhadap permintaan minyak sementara mereka bertindak kepada penurunan dalam tahap inventori minyak. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.05% ke $1313.10 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Feb) | 47.6 | 47.6 | – |
| 16:55 | EUR – German Unemployment Change (Feb) | -2K | -5K | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Feb) | 1.4% | 1.5% | – |
| 18:00 | EUR – Unemployment Rate (Jan) | 7.9% | 7.9% | – |
| 21:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) (Dec) | 0.1% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – Personal Spending (MoM) (Dec) | 0.4% | -0.2% | – |
| 21:30 | CAD – GDP (MoM) (Dec) | -0.1% | 0.0% | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Feb) | 56.6 | 55.5 | – |
| 23:00 | USD – ISM Manufacturing Employment (Feb) | 55.5 | – | – |
| 23:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Feb) | 95.5 | 95.8 | – |
| 02:00
(2hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 853 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 96.05. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 96.45.
Tahap rintangan: 96.45, 96.90
Tahap sokongan: 96.50, 95.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3285. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3205.
Tahap rintangan: 1.3285, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3205, 1.3065

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1395. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1355.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1355, 1.1300

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 111.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 112.10.
Tahap rintangan: 112.10, 112.70
Tahap sokongan: 111.10, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.7085. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.7130.
Tahap rintangan: 0.7130, 0.7155
Tahap sokongan: 0.7085,0.7055

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6800. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6845.
Tahap rintangan: 0.6845, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6765

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3200. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.3200.
Tahap rintangan: 1.3200, 1.3260
Tahap sokongan: 1.3125, 1.3060

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9975. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0025.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0085
Tahap sokongan: 0.9975, 0.9910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 57.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 55.75.
Tahap rintangan: 57.50, 59.20
Tahap sokongan: 55.75, 54.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1315.05. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih tinggi kembali ke arah tahap rintangan di 1315.05.
Tahap rintangan: 1315.05, 1322.65
Tahap sokongan: 1302.90, 1287.05