01 April 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar berkekal kukuh di tengah-tengah data yang baik dan ketidakpastian Brexit.
Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan utama telah didagang dengan lebih rendah sebanyak 0.03% ke 96.76 semasa sesi dagangan awal Asia selepas ia mengukuhkan nilainya pada hari Jumaat lepas di tengah-tengah data New Home Sales AS yang baik dan ketidakpastian mengenai Brexit. Semasa sesi dagangan Jumaat lepas, data New Home Sales memberi bacaan sebanyak 667K, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak 620K sementara menunjukkan aktiviti penjualan rumah yang lebih baik dan juga prospek ekonomi yang kukuh. Selain itu, pembebasan data Michigan Consumer Sentiment yang baik dengan bacaan sebanyak 98.4 berbanding dengan 97.8 juga memberi dorongan kepada kenaikan dolar. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menurun sebanyak 0.10% ke 1.3015 sementara ditekan oleh kebuntuan Brexit, Perdana Menteri Theresa May telah menghadapi kegagalan buat kali ketiga untuk mendapatkan kelulusan bagi draf Brexitnya dengan undian parlimen sebanyak 388 berbanding dengan 286 semasa undian Brexit pada Jumaat lepas. UK kini ditekan sementara dipaksa untuk membuat keputusan sama ada untuk meluluskan satu draf Brexit sebelum tarikh akhir Brexit pada 12hb April, meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian, ataupun untuk menangguhkan tarikh akhir 12hb April dengan selanjutnya tetapi berkekal dalam Eropah sambil menyertai pilihan raya Kesatuan Eropah yang seterusnya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.48% ke $60.46 setong di tengah-tengah sentimen yang positif mengelilingi pasaran minyak. Berita terkini yang menyokong kenaikan harga minyak adalah tweet daripada Presiden AS Donald Trump yang menegaskan OPEC dan sekutunya (OPEC+) untuk menambahkan pembekalan minyak ke dalam pasaran. Para pelabur pada awalnya bertindak dengan menjual minyak akibat dengan kebimbangan bahawa ketegangan antara Trump dan OPEC+ akan menjejaskan pasaran minyak. Namun, harga minyak mentah telah memangkas segala kerugiannya selepas OPEC+ tidak menunjukkan sebarang pembalasan kepada komen Trump. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.09% ke $1293.00 se troy auns berikutan dengan penurunan harga dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:55 (2hb) CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Mar) | 44.7 | 44.7 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Mar) | 52.0 | 51.2 | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Mar) | 1.5% | 1.5% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales | 0.9% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM)(Feb) | 0.2% | 0.3% | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (Mar) | 54.2 | 54.2 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 96.80. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan serta permulaan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur ke arah tahap sokongan di 96.20.
Tahap rintangan: 96.80, 97.15
Tahap sokongan: 96.20, 95.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3065. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang kembali ke arah tahap rintangan di 1.3065.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2960, 1.2845

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.1215. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.1275 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1275, 1.1325
Tahap sokongan: 1.1215, 1.1180

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 110.95. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 111.40.
Tahap rintangan: 111.40, 111.75
Tahap sokongan: 110.95, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji semula berdekatan tahap rintangan di 0.7120. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7155
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.6815. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6815, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6770, 0.6725

USDCAD, H4: USCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3350. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke arah tahap rintangan di 1.3460.
Tahap rintangan: 1.3460, 1.3570
Tahap sokongan: 1.3350, 1.3295

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, isyarat yang selanjutnya seperti pemecahan dari tahap rintangan 0.9965 atau tahap sokongan di 0.9910 adalah diperlukan sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.9965, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 60.20. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 63.10.
Tahap rintangan: 63.10, 65.70
Tahap sokongan: 60.20, 58.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1289.35. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1299.15.
Tahap rintangan: 1299.15, 1308.10
Tahap sokongan: 1289.35, 1282.40